Top Ad 728x90

Tuesday, May 30, 2017

Benarkan Pondan Bersolat Terawih

by

Kuala Lumpur: Bekas peguam yang pernah mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat, Afiq M Noor, dalam satu forum menyatakan pendapat beliau yang tidak bersetuju jika masjid dibataskan kepada lelaki dan wanita sahaja.

Afiq mendakwa, beliau pernah mengalami satu peristiwa di mana dua orang mak nyah yang telah menjalani pembedahan tukar jantina telah dihalau daripada saf perempuan. Ini kerana muslimah enggan bersolat bersama mereka, dan di ruangan lelaki pula tiada yang ingin merapatkan saf bersama mereka.

“Ada dua orang transgender, dah buat operation, dia solat di belakang, tempat perempuan tapi perempuan tak bagi, maka dihalau ke depan. Ada tetek semua lengkap, pakej. Sembahyang di depan, sembahyang terawih, pakcik-pakcik ini tak nak rapat saf dengan dia,” tegas Afiq.

Menurut pandangan ustaz yang berceramah pada malam itu, warga mak nyah lebih baik bersolat di rumah untuk mengelakkan fitnah. Pandangan ini tidak digemari oleh Afiq yang lantas mempersoalkan kewujudan masjid sebagai satu tempat untuk lelaki dan perempuan sahaja.

“Kemudian ada ustaz bagi ceramah dan ada orang tanya ustaz (berkenaan mak nyah yang hadir solat). Ustaz kata, diorang ni lebih elok sembahyang di rumah untuk mengelakkan fitnah. Jadi, adakah masjid ini tempat untuk heteroseksual sahaja? Untuk lelaki dan perempuan, bukan untuk orang lain,” ujar Afiq.

Menurut beliau, mak nyah tersebut telahpun banyak kali menunaikan haji dan umrah namun agama menyisihkannya sebegitu.

“Adakah kita nak gambarkan Islam ini sebagai satu agama yang “sebab kau termasuk dalam LGBT, maka kau tak ada tempat langsung dalam agama”?” tanya Afiq.

menara.my telah menghubungi Afiq M Noor untuk pencerahan kepada semua kenyataan yang dibuat beliau dan perkara berbangkit berkaitan beliau sebelum ini. Wawancara bersama Afiq M Noor akan disiarkan dalam tempoh terdekat.


Sumber: Friscomedia

Sunday, May 28, 2017

Muka Depan Akhbar The Star milik MCA Cetuskan Kemarahan Umat Islam

by

AKHBAR harian berbahasa Inggeris milik Persatuan Cina Malaysia (MCA), The Star menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini apabila menyiarkan muka depan yang sangat biadap di hari pertama bulan Ramadan tahun 2017.

Tindakan akhbar itu dilihat sengaja menaikkan kemarahan umat Islam apabila meletakkan gambar jemaah dalam masjid sedang bersujud menunaikan solat di bawah tajuk besar "Malaysian terorist leader (Orang Malaysia ketua pengganas)".


Punyalah banyak gambar-gambar lain boleh diletakkan di muka depan Akhbar The Star dengan tajuk tersebut, namun The Star sengaja memilih gambar umat Islam sedang bersolat untuk dikaitkan dengan laporan berita berkaitan keganasan.

Jika tidak diperhatikan dengan teliti, tentu sekali anda akan menyangka bahawa gambar jemaah masjid sedang sujud melakukan solat itulah yang dirujuk sebagai Orang Malaysia ketua pengganas.


Perkara yang sangat sensitif seperti ini pun berani dimainkan oleh akhbar milik parti komponen Barisan Nasional MCA dalam negara berbilang kaum yang majoritinya adalah orang-orang Melayu Islam.

The Star wajib memohon maaf kepada umat Islam atas laporan berita sangat biadap dan disifatkan sebagai tidak sensitif itu.

Sumber: Milo Suam

Saturday, May 27, 2017

MENJELANG Bulan Ramadan, Roh Orang Beriman Dibenarkan Pulang Ke Dunia Bagi Mengutip Pahala. BENARKAH??

by

“MENJELANG bulan Ramadan, roh orang beriman dibenarkan pulang ke dunia bagi mengutip pahala yang dihadiahkan kepada mereka.” Itulah antara mesej berantai yang banyak tersebar dalam media sosial pada bulan Ramadan ini.

Ilmu masuk mencurah-curah ke dalam telefon pintar bak hujan mengalir deras tanpa perlu menunggu kuliah di masjid dan surau. Begitu pun, fitnahnya juga tidak kurang hebat kerana sindrom “kemaruk berkongsi tazkirah dan informasi” tanpa tapisan. Pantang ada tazkirah yang diterima terus mahu dikongsi. Tanpa sedar rupanya yang disangka mutiara ilmu adalah hadis dan fakta palsu yang sangat beracun untuk minda.

Antara tazkirah media sosial yang sangat popular saat ini adalah tazkirah ajaib berkaitan kepulangan roh manusia pada bulan Ramadan. Setakat yang dilihat, pihak yang menyebar mesej ‘Kepulangan roh pada bulan Ramadan’ tidak menyatakan dalil atau hujah yang sahih atas dakwaan tersebut. Mungkin ini berpunca daripada salah faham terhadap makna perkataan ‘roh’ dalam ayat keempat surah al-Qadar yang bermaksud: Pada malam itu, turun malaikat dan ‘roh’ (iaitu Jibril) dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). (rujuk al-Qadar: 4)

Roh dalam ayat ini bukan roh manusia seperti yang disangka, tetapi suatu gelaran kemuliaan kepada malaikat Jibril. Bukan sekali Jibril digelar ‘roh’ oleh al-Quran tetapi berkali-kali (al-Baqarah: 87 & 253, al-Ma’idah: 110, al-Nahl: 102, al-Syu’ara’: 192-193 dan al-Naba’: 38)

Selain itu, wajib diingat perihal roh adalah rahsia Allah yang tergolong dalam urusan ghaib. Pengetahuan kita mengenainya pun sangat sedikit, jadi usahlah terlebih bijak daripada Allah. (rujuk al-Isra’: 85)

Sebarang bicara mengenai yang ghaib wajib bersandarkan sumber wahyu seperti al-Quran dan hadis sahih. Tidak cukup sekadar berkata ‘ia ada disebut dalam kitab’ atau ia pernah dikongsi oleh Pak Ustaz dalam media sosial. Fahamilah disiplin ilmu Islam ditegaskan melalui surah al-Naml ayat 65.

Al-Quran menegaskan roh orang yang sudah mati terkurung di alam barzakh sehingga kiamat. Tidak boleh balik semula ke dunia, tidak untuk balik mengutip ‘pahala-siswa’ pada bulan Ramadan atau malam Jumaat dan jauh sekali untuk pulang menjadi hantu membalas dendam. Akurlah kepada firman Allah ini pada surah al-Mu’minun ayat ke-99 hingga 100.

Malahan barzakh itu sendiri dalam takrifnya bermaksud dinding pemisah yang menghalang roh si mati daripada kembali ke dunia. (Tafsir al-Jalalayn)

Jika dikata yang bebas adalah roh manusia yang beriman. Apa dalilnya? Tambahan pula nikmat alam barzakh yang dirasai orang beriman jauh lebih hebat daripada nikmat duniawi. Jadi apa perlunya mereka pulang ke dunia mencari yang biasa serta meninggalkan yang istimewa? Jika dikata pulang mereka adalah untuk mengutip pahala sedekah anak cucu, maka jawabnya penyaluran pahala boleh sahaja dialirkan terus ke alam barzakh tanpa perlunya mereka balik.

Jika dikatakan ada hadis sahih menyebut orang yang sudah mati masih mampu mendengar sebagaimana bicara Nabi SAW kepada bangkai kafir quraysh yang terbunuh selepas perang Badar (Sahih Muslim), maka fahamilah hadis itu dengan betul. Rasulullah SAW menyatakan mereka mampu mendengar dan bukannya mampu balik ke dunia selepas mati.

Jika dikatakan ada riwayat menyebut orang hidup bermimpi bertemu orang mati, perlu difahami ini juga bukan dalil roh si mati pulang ke dunia. Ini adalah pertemuan di suatu alam yang hanya Allah sahaja tahu. Sebahagian ulama menyebut ketika manusia tidur, Allah mempertemukan roh orang yang hidup dengan roh orang yang sudah mati di suatu alam bandingan yang dikenali sebagai ‘alam mithal’ dan bukannya roh si mati itu kembali ke dunia. Prinsip perbincangan mengenainya berpaksi pada ayat ke-42 surah al-Zumar.

Jika dikatakan ada sebuah hadis lemah menyebut mengenai kepulangan roh pada bulan Ramadan, maka jawabnya hadis lemah tidak boleh menjadi hujah agama, apatah lagi untuk menyanggah ayat 99 dan 100 surah al-Mu’minun di atas.

Begitu pun, walau berjela diberikan hujah naqli (wahyu) dan aqli (logik) menafikan kepercayaan karut ini, orang jahil yang tiada disiplin ilmu Islam akan menyanggah dengan ayat `seribu guna’ mereka iaitu: “Ia tidak mustahil pada kekuasaan Allah kerana Allah itu Maha Berkuasa. Boleh sahaja Allah dengan kuasanya yang tidak terbatas membebaskan roh yang beriman pada bulan Ramadan atau malam Jumaat.”

Jika begitu logik mereka, maka ini jawapannya: “Malam tadi saya didatangi Jibril as. Jibril memeluk saya erat sambil mengajarkan saya surah al-‘Alaq. Sejurus selepas itu saya dilantik sebagai nabi akhir zaman selepas Nabi Muhammad SAW.”

Menyanggah hukum

Jadi, anda semua perlu beriman kepada kerasulan saya. Jika ada yang tidak bersetuju dengan perlantikan saya sebagai Rasul, maka ini hujah ‘seribu guna’ saya: “Ia tidak mustahil pada kekuasaan Allah kerana Allah itu Maha Berkuasa. Boleh sahaja Allah dengan kuasanya yang tidak terbatas melantik saya sebagai Nabi akhir zaman selepas Nabi Muhammad.”

Inilah antara contoh ‘disiplin caca-marba’ dalam agama yang diguna pakai oleh sesetengah orang jahil. Memang Allah Maha Berkuasa untuk melakukan apa sahaja, tetapi perlu dipahat kemas dalam hati bahawa Allah juga sudah meletakkan sunnatullah atau undang-undang-Nya yang tidak akan diubah. (rujuk al-Ahzab: 62)

Antara sunnatullah yang tidak akan berubah sampai kiamat adalah Nabi Muhammad SAW adalah nabi dan rasul terakhir. Juga roh orang yang sudah mati tidak boleh pulang sama sekali ke dunia untuk apa sahaja tujuan.

Sebarang dakwaan menyanggah hukum dan undang-undang Allah ini wajib ditolak. Jika tidak, agama suci ini akan jadi ‘agama secukup rasa’ yang bergantung kepada penganutnya. Jika mahu lebih pedas tambahlah cilinya. Jika mahu lebih masin, tambahlah garamnya. Jika mahu lebih manis, tambahlah gulanya. Jika ini disiplin memahami agama ini, hilanglah keagungannya dan runtuhlah kegemilangannya.

Yang Di-Pertuan Agong Sahur Bersama Rakyat Di Atas Tangga Masjid .. Sehingga Imam Sebelah…

by

Sultan Kelantan memang terkenal dengan kezuhudan dan aku rasa itulah cara beliau membuang sikap sombong dan takbur sebagai pemimpin, semoga Allah mengurniakan kesihatan dan keselamatan kepada Tuanku.

Selamba je Tuanku, tanpa bodyguard hanya dikelilingi oleh ahli jemaah Masjid dan makan menggunakan tangan, sehingga Imam disebelah asyik melihat kehairanan.

Umar bin Abdul Aziz Pemerintah Yang Amanah

Khalifah Umar bin Abdul Aziz, adalah seorang Khalifah Bani Umaiyah. Pada suatu malam tatkala baginda sedang tekun bekerja di bilik istananya, tiba-tiba seorang putranya masuk untuk membincangkan sesuatu hal. Baginda bertanya. “urusan kerajaankah? Atau urusan keluarga yang hendak kamu bincangkan?” Jawab anakandanya, “urusan keluarga, ayahanda.”

Tiba-tiba baginda memadamkan lampu yang terletak di mejanya yang digunakan untuk menerangi bilik kerjanya itu. Putranya merasa hairan melihat sikap ayahnya itu seraya bertanya: “Kenapa ayah padamkan lampu itu?”

Maka jawab ayahnya: “Benar kata kau wahai anakku, tetapi kau harus ingat lampu yang sedang ayah gunakan untuk bekerja ini kepunyaan kerajaan. Minyak yang digunakan itu dibeli dengan menggunakan wang kerajaan, sedang perkara yang hendak anakanda perbincangkan dengan ayahanda adalah perkara keluarga.” Lantas baginda meminta pembantunya membawa lampu dari bilik dalam. 

Kemudian baginda pun berkata kepada putranya: “Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita, minyak pun kita beli dengan wang kita sendiri. Sila kemukakan apa masalah yang anakanda perbincangkan dengan ayahanda.” Demikianlah besarnya sifat amanah dari seorang pemimpin berkalibar selaku seorang raja yang berjiwa besar.

Salah Cara Mandi, Anda Boleh Pitam & Kena Stroke Dalam Bilik Air!

by

Selalu kita dengar ramai yang jatuh di bilik air. Ada juga yang pengsan dan diserang stroke. Sebenarnya ada dua sebab utama, cara mandi yang salah dan sudah tentulah bilik air adalah tempat yang paling suka dihuni syaitan. Sebab itulah jika disarankan baca doa sebelum masuk bilik air.

Ramai antara kita yang mandi basahkan kepala dulu sebab nak cepat. Sebenarnya cara ini salah. Silap gaya boleh melayang nyawa. Jangan main-main ya, jom semak punca dan kesannya...

1. Apabila kita siram kepala dulu, panas dalam tubuh akan teperangkap. Ia boleh menyebabkan pembuluh darah pecah.

2. Air sejuk yang disiram pada kepala akan menyebabkan darah mengalir ke kepala untuk memanaskan kepala. Itu yang ramai yang pengsan.

3. Angin dalam badan tidak keluar apabila kita siram kepala atau badan dulu. Sebab tu ramai yang sakit-sakit badan kerana angin berkumpul.

Nak selamat, ikut cara mandi yang betul...

1. Baca doa atau sekurang-kurangnya baca bismillah sebelum masuk ke bilik air.

2. Jangan tergesa-gesa.

3. Mulakan dengan bahagian kaki, siram tapak kaki.

4. Kemudian, barulah siram bahagian betis diikuti paha dan perut.

5. Selepas itu, baru siram bahagian bahu.

6. Berhenti seketika, saat ini kita akan dapat rasakan wap atau angin keluar dari ubun-ubun.

7. Akhir sekali barulah basahkan kepala.

Waktu Mandi Yang Dilarang

1. 30 minit selepas solat Asar kerana waktu ini darah di dalam diri kita sedang panas. Jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi lelah untuk melakukan perkerjaan.

2. Setelah Maghrib. Jantung kita setelah maghrib sudah mulai lemah untuk melakukan perkerjaan. Jadi, kajian menunjukkan bahawa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan paru-paru basah.

3. Setelah Isyak sehingga pukul 12 malam. Setelah solat Isyak, jantung kita berhenti dan melakukan istirahat. Jika mandi ketika ini akan menyebabkan kerosakan jantung akibat kemasukan air.

4. Selepas bersukan atau sedang berpeluh. Tunggu sampai badan sejuk atau hilang peluh. Selain menyebabkan panau, ini juga boleh menyebabkan serangan stroke.

Nak Awet Muda, Mandi Dengan Cara Ini

1. Menjelang waktu Subuh (antara jam 2 hingga 3 pagi)

Badan menjadi lebih sihat, awet muda dan membaiki metabolisme tubuh. Suhu badan menjadi lebih stabil, melancarkan perjalanan darah dan membuang sikap malas.

Tengok saja nenek dan datuk kita yang sering mandi waktu begini, tubuh mereka sihat dan nampak muda.

2. Selepas Subuh ( 6 pagi)

Tubuh akan lebih segar dan mood jadi baik.

Ok wanita, anda mampu mengubah demi kesihatan yang lebih baik, moga bermanfaat buat anda!

Heboh Di Bazar Ramadan. Apa Yg Dibawa Oleh Van Ni Amat MENGEJUTKAN Orang Ramai !!!

by
Sekadar Gambar Hiasan.

Pada bulan Ramadan yang mulia ini pasti semua tempat mempunyai Bazar Ramadan atau lebih dikenali sebagai PARAM yang menjual pelbagai jenis aneka juada untuk berbuka puasa. Apabila kita berada di bazar tersebut kita dapat lihat pelbagai jenis perangai dan karenah manusia.

Apa yang pelik kami kongsikan di sini, terdapat satu tempat Bazar Ramadan yang meletakkan KERANDA MAYAT di pintu masuk bazar tersebut. Seorang pengguna Facebook Nur Dhaminatulhuda memuat naik beberapa keping gambar yang terdapat sebuah van jenazah, keranda dan beberapa orang (mungkin AJK sebuah masjid).

Assalamualaikum..

Selamat pagi.. Ramadhan dah berkunjung tiba.. sayu rasa hati.. 
Bagus la ahli masjid buat gini.. Sangat rare.. memang peringatan yang sangat mendalam.. sekali terpandang terus tersentap. Kerana diri belum lagi sempurna kearah ini. Akan terus cuba perbaiki diri dan istiqomah. 
Apa perasaan anda tgh syok membeli tetiba terpandang ni. Mesti pelik dn terfikir jenazah pun singgah bazar jugak.

Location : Bazar Ramadhan Selayang.



Semoga dengan usaha murni beberapa AJK masjid ini dapat sama-sama kita bermuhasabah dan ambil sebagai peringatan terhadap diri kita…memang sangat TERBAIK kempen menutup aurat ini.

Sumber : Facebook Nur Dhaminatulhuda

"Dalam Perjalanan Untuk Ucap Terima Kasih" - Pemain Bola Paling Mahal Dunia, Paul Pogba, Dikesan Di Mekah

by

Bintang bola Machester United, yang juga pemain bola paling mahal di dunia, Paul Pogba telah terbang ke Arab Saudi untuk melakukan ibadat umrah sempena kedatangan Ramadan.

Perkara tersebut diketahui apabila beberapa keping gambar pemain itu sedang mengerjakan umrah tersebar di media sosial. Selain itu Pogba turut memuat naik satu video pendek di Instagram dengan berkata: "Dalam perjalanan untuk ucapkan terima kasih bagi musim ini. Jumpa lagi Machester! Dalam perjalanan untuk (sampaikan) doa saya." tulis Pogba.


Beberapa hari selepas itu, muncul beberapa gambar Pogba yang dilihat sedang memakai kain ihram di Mekah.

“Paul Pogba di Makkah hari ini, melakukan umrah,” tulis seorang pengguna akaun Twitter @AkhiNextDoor.



Hari ini, pemain berkenaan turut memuat naik satu video beliau di hadapan Kaa'ba. Perkara itu sekaligus memecahkan teka teki serta mengesahkan beliau kini berada di Mekah untuk umrah.


Sumber: Siakapkeli

Kedai Makan Caj RM32 Sepinggan Nasi Campur Di Kemaman Akhirnya Diberi Notis, Makanan Disita..

by

KUALA TERENGGANU – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Terengganu mengeluarkan notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kepada sebuah kedai makan di Kemaman kerana mengenakan caj harga tidak munasabah.

Pengarah PPDNKK Terengganu, Azlan Abdul Samat berkata, notis itu dikeluarkan oleh penguat kuasa PPDNKK cawangan Kemaman Rabu lalu selepas melakukan pemeriksaan terhadap warung yang tular di media sosial oleh seorang lelaki yang mendakwa dikenakan harga RM32 bagi sepinggan nasi.

Menurutnya, selain notis pihaknya turut menyita tiga jenis lauk iaitu 13 ketul ikan siakap, 10 biji telur rebus dan 52 ketul hati pedal kerana pemilik kedai gagal mempamerkan tanda harga.

“Bagaimanapun, kita tidak dapat membuat pemeriksaan bagi makanan yang dikatakan caj tinggi kerana lauk pauk itu tidak dipamerkan pada hari tersebut,” katanya.

Azlan berkata, siasatan lanjut akan dijalankan di bawah peraturan dan seksyen Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Isu tersebut menjadi tular minggu lalu selepas seorang lelaki memuatnaik status di Facebook tentang dirinya dicaj RM32 bagi sepinggan nasi berlaukkan seekor udang galah, dua potong sotong dan sayur kangkung.

Dia terkejut dikenakan harga sedemikian kerana kedai makan tersebut hanya kedai biasa, bukan bertaraf restoran eksklusif.

Ia kemudiannya mendapat reaksi netizen yang mengecam tindakan pemilik kedai terbabit.

Sumber: Sinar Harian

Apabila Terjaga Pukul 3 Hingga 5 Pagi Di Bulan Ramadan Tandanya Rahmat Allah Telah Sampai Kepadamu Dan Bacalah Doa Ini

by

Ramai orang terbangun di waktu yang sama waktu malam hari. Sayangnya, keadaan ini sering kali diabaikan. Namun, tahukah kamu bahawa ini adalah cara tubuh dan Allah berkomunikasi denganmu.

Pengubatan tradisional Cina menggunakan titik energi untuk teknik akupunktur. Titik-titik tenaga ini terhubung dengan sistem jam yang dipercayai memberi energi untuk bahagian tubuh tertentu.

Jadi, dilihat dari waktu kamu bangun di malam hari, tubuhmu sedang mengalami ransangan tertentu. Ini juga sebuah cara fizikal dan emosi menyampaikan masalah padamu.

Terbangun di tengah malam sebaiknya jangan diabaikan. Dalam pengubatan Cina, fasa tidur menjadi waktu kita menerima pesanan dari Allah.

Jika terbangun dari tidur, cubalah baca doa ini:

Pesanan-pesanan ini yang dapat mengungkapkan perjalanan spritual kita. Jika kamu kesukaran tidur di antara pukul 9 sampai 11 malam, itu adalah tanda stress.

Ini adalah jam tidur bagi kebanyakan orang. Jika kamu malah merasa sukar tidur, tandanya kamu sedang stress dan khuatir. Solat hajat boleh jadi solusi untuk masalah ini.

Terbangun pada pukul 11 malam hingga 1 pagi petanda kamu mengalami kekecewaan emosi. Pengubatan Cina kuno mengatakan bahawa ini adalah waktu dimana pundi hempedu aktif.

Bangun pada jam ini menunjukkan kekecewaan. Cubalah untuk tenang dan memaafkan dirimu sendiri, maka akan membantu. Bangun antara pukul 1 hingga 3 pagi menunjukkan kemarahan.

Titik energi terhubung dengan hati. Bangun pada jam ini memnunjukkan bahawa kamu sedang marah dan memiliki energi Yang berlebihan.

Cuba minum air dingin dan meditasi agar boleh tidur kembali.

Jika kamu bangun pukul 3 hinggal 5 pagi, tandanya Allah sedang berusaha berbicara padamu.

Jam ini menunjukkan bahagian paru-paru dan kesedihan. Jika kamu bangun di jam ini, maka dipercayai Allah sedang membimbingmu untuk jadi lebih baik.

Cuba bernafas perlahan dan berdoa agar boleh kembali tidur. Fasa bangun tidur terakhir adalah pukul 5 hingga 7 pagi. Jika kamu bangun di jam ini, dipercayai kamu sedang memiliki emosi yang tertahan.

Begini cara Allah menyampaikan taufik dan hidayah kepada umatnya

Kamu tak perlu langsung duduk, pergi ke kamar mandi, mengambil minum, atau malah tidur lagi. Tetaplah dalam kedudukan baring sambil membaca zikir yang diamalkan oleh Rasulullah . Zikir apakah itu?

Dari Ubadah bin Shamit, dari Nabi bersabda, Siapa terbangun di waktu malam lalu membaca:

Laa Ilaaha Illallaahu Wahdahu Laa Syariikalahu, Lahul Mulku, Walahul Hamdu, Wahuwa Alaa Kulli Syai-in Qadiir. Alhamdulillaah Wasubhanallaahu Walaa Ilaaha Illallaahu Wallahu Akbar, Walaa Haula Walaa Quwwata Illaa Billaahi, kemudian ia berdoa Ya Allah, ampuni Aku atau berdoa pasti dikabulkan doanya. Jika ia berwudhu dan shalat, pasti diterima shalatnya, (HR. Al-Bukhari).

Dari segi ilmiah, ini petanda kamu mengalami masalah di usus besar namun boleh diatasi dengan renggangkan otot atau pergi ke toilet agar boleh kembali tidur.

Tubuh menyimpan begitu banyak rahsia. Jika kita belajar mengambil tahu dan mendengar, maka tubuh sebenarnya sedang memberi tahu kita informasi. Kita juga boleh meningkatkan kesihatan fizikal dan spiritual dalam kehidupan kita.

Adakah Batal Puasa Kita Jika Mandi Wajib Selepas Subuh.

by

Kini bulan Ramadhan telah tiba lagi, bagi pasangan suami isteri mungkin bulan ini akan menghadkan hubungan kelamin mereka kerana ada sesetengahnya masih belum memahami lagi adab-adab berhubungan intim di bulan Ramadhan ini.

Ada juga kaum isteri yang menganggap bulan ini merupakan bulan bagi mereka untuk berehat daripada melayani suami mereka.

Tetapi mereka harus tahu bahawa Islam itu mudah, mereka hanya perlu tahu cara yang betul sahaja seperti hukum mandi wajib ketika bulan Ramadhan ini.

Lewat mandi wajib bagi orang yang telah berpuasa di Bulan Ramadhan. Ramai orang tidak tahu adakah puasa terbatal atau tidak disebabkan lewat mandi wajib.

Dengan sebab ini, saya menyediakan jawapan secara ringkas dan padat untuk mengangkat masalah berkaitan yang timbul dalam benak fikiran anda.

Aisyah ra dan Ummu Salamah ra pernah menceritakan bahawa :

“Nabi saw pernah bangun pagi dalam bulan Ramadhan dalam keadaan berjunub kerana bersetubuh dengan isterinya. Baginda mandi dan kemudiannya berpuasa tanpa mengqadhanya”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalil hadis yang diberikan di atas menunjukkan bahawa orang yang mandi selepas azan subuh atau selepas subuh tidak membatalkan puasa mereka.

Bagi orang yang bangun lewat, maka hendaklah ia cepat menyegerakan mandi hadasnya untuk menyegerakan solat subuh.

Kalau lewat bangun tidur disebabkan tidak terjaga sahur atau tidak disengajakan, maka perbuatan tersebut dimaafkan oleh Allah, tapi kalau ia disengajakan atau selepas makan sahur tidur balik, maka dosa baginya kerana ia mengabaikan perintah Allah iaitu mengerjakan solat subuh.

Makruh juga orang yang sengaja melewatkan mandi wajib kerana banyak perkara yang terhalang ketika ia berhadas besar.

Berikut merupakan sedikit info tata cara mandi wajib yang boleh kita jadikan panduan.


Isteri Yang Ada Ego, Baran, Sering Marah Suami, Bacalah Nukilan Ini, Sedarlah Sebelum Terlambat

by

Zaman kini memang dah biasa wanita bekerja. Malah ada yang wanita mempunyai gaji lebih besar dari suaminya.

Sekiranya ego berjaya dikawal dan mengetepikan status kerja dalam keluarga, selalunya boleh hidup bahagia seperti biasa, namun jika ego menguasai diri, boleh musnah rumah tangga.

Ini merupakan kisah benar seorang isteri yang amat menyesali perbuatannya terhadap suami sehingga mengahalu suami dari rumah. Apa yang berlaku selepas kejadian itu tidak dapat ditarik balik.

Jom kita baca kisah ini, dan jadikanlah teladan serta pengajaran buat kita:

KISAH ISTERI EGO

Assalamualaikum readers….

Aku mintak sangat admin page ni tolong approve confession aku. Benda ni boleh dijadikan pengajaran buat isteri2 di luar sana. Moga pengalaman dan penyesalan yang aku kongsikan mungkin mampu mengelakkan rumah tangga orang lain dari kemusnahan seperti rumah tangga aku. Mintak maaf jika post aku panjang berjela. Aku ceritakan secara detail untuk difahami oleh semua.

Bismillah.

KAHWIN MUDA

Aku masih muda, 26 tahun. Berasal dari keluarga berada dan suami aku anak tunggal juga dari keluarga yang senang. Sekarang ada seorang anak. Berkahwin semasa umur 21. Salah aku sendiri aku berkahwin awal disebabkan aku terpengaruh dengan kebahagiaan dan kisah indah kawin awal orang lain. Jadi bila suami aku (esok jadi ex-suami) ajak kawin aku terus bersetuju.

Padahal aku masih muda, mentah, noob, tak prepare dan tak study pun about what its like to be a WIFE. salah aku. Memang salah aku. Salah aku sebab aku ingat berkahwin itu mudah, menjadi isteri solehah itu mudah. Sekarang aku tahu menjadi solehah tu adalah benda paling susah aku pernah buat.

Selepas berkahwin aku teruskan pengajian aku yang bebaki setahun. Belum sempat konvokesyen aku dah bekerja. Mungkin rezeki anak masa tu. Kerja aku pulak starting dah 3k. Bagi orang yang baru grad tinggi jugak la gaji aku. Suami aku pulak kerja biasa, technician. Memang gaji aku lagi tinggi daripada suami aku.

ISTERI BARAN

Mula berkahwin memang kami dah problem. Aku fikir, this is normal since we dont know each other quite well. Main kawin je konon bercinta lepas nikah. Selama kami bergaduh, suami aku yang banyak sabar. Diamkan bila aku marah. Aku yang baran. Pantang salah sikit, sampai suami aku mandi lama pun aku bising. Mula berkahwin niat nak menjadi isteri solehah sangat tebal. Aku pakai cantik depan suami, lemah lembut, layan suami macam raja. Ada la untuk 6 bulan pertama perkahwinan. Makin lama makin teruk perangai aku. Hari2 aku marah suami aku.

GAJI ISTERI TINGGI, EGO

Bila aku fikirkan balik dan muhasabah diri aku, kesalahan memang banyak pada aku. First, disebabkan gaji aku lagi tinggi dari suami aku jadi ego. Aku rasa aku boleh hidup tanpa suami.

Sewa apartment aku yang bayar semua, termasuk bil, ansurans kereta, makan, minum, susu dan lampin anak. Suami aku cuma setelkan insurans anak dan yuran taska anak aku. So aku rasa i can live without him.

Tapi aku salah. Sunyi nya hidup tanpa peneman. Walaupun suami aku tak mampu dari segi kewangan, tapi suami aku penyayang sangat. Yes i can physically live without him, tapi aku tersiksa sebab aku dah kehilangan sumber kasih sayang aku.

TAK PERCAYA SUAMI

Kesalahan aku kedua adalah i never believe in him. Suami aku ni memang suka berbisness. Tapi aku tak pernah memberi kepercayaan kepada bisness dia. Aku rasa dia buang masa dan dia takkan berjaya buat bisness. Suami aku selalu cakap yang dia berbisness bukan sebab nak kaya tapi sebab ini sunnah dan dia nak tolong orang. Bisness suami aku pulak bisness consultant. Banyak consultation dia cas rm20-50. Bagi aku nak dapat untung celah mana kalau sikit macam tu. Suami aku cakap dia nak membantu sebab tu dia cas murah. Dia pulak tak cukup capital untuk kembangkan bisness dia sebab tu bisness dia tak bekembang. Dia tak pernah mintak aku buat loan atau mintak duit aku sesen pun untuk bisness dia.

RASA SERBA CUKUP

Ketiga aku asyik rasa macam aku adalah isteri yang serba cukup. Aku asyik rasa sepatutnya suami aku bersyukur dapat aku sebagai isteri. Aku boleh la dikatakan ada rupa, kurus, berkulit cerah, kerja ok dan hari2 aku masak untuk anak n suami siap bawak bekal lagi.

Bab makan memang aku jaga. Aku masak special hari2. Sepanjang berkahwin aku tak pernah bagi suami aku makan kicap n telur sahaja. Paling lekeh pun aku akan masak masak sup ayam.

Aku lupa yang tanpa suami aku yang mudahkan kerja aku tak mungkin aku boleh masak untuk dia dan anak.

Suami aku yang basuh pingan, vacuum rumah, basuh dan sidai kain (aku cuma lipat je), buang sampah, sediakan susu anak, bangun malam2 kalau anak nak susu dan macam2 lagi.

Ya aku buta. I kept saying yang apa yang suami aku buat adalah tanggungjawab dia, memang patut dia buat apa yang dia buat. Sekarang bila dah terlambat baru aku nampak kebaikkan dia. Sumpah aku menyesal sangat sekarang.

HALAU SUAMI

Rumah tangga aku mula runtuh bila aku cek history phone suami aku aku nampak dia google gambar lucah. Aku terus serang dia dan masa itu lah dia betul2 meletup kat aku. Semua dia luahkan sedangkan sebelum ni dia cuma bersabar dengan aku. Disebabkan ego tercabar aku pun halau dia keluar. Thats the end of us, about a year ago. Tak pernah kami tido sebumbung selepas tu.

KEMARAHAN MEMUNCAK SUAMI

Lepas aku halau dia, dia balik ke kampung. Parents suami aku pulak accident dalam perjalanan ambik suami aku dari stesen bas. Sampai saat ni aku rasa bersalah sangat pada suami aku. Kematian parents dia menjadi kemuncak kebencian dia pada aku. Sampai saat ni aku menagis bila teringat benda ni. Kalau tak kerana aku halau dia, dia takkan balik kampung dan his parents might still be alive.

Bila parents dia meningal kesemua rumah sewa, tanah, barang kemas dan duit simpanan parents dia yang warisi. Suami aku memang kuat semangat. Dia laburkan duit pusaka untuk bisness dia. Dalam masa setahun perniagaan dia bertambah maju. Aku cuba pujuk dia kembali pada aku.

Bukan disebabkan dia kaya tapi sebab aku menyesal dengan perbuatan aku. Aku rindu sangat pada suami aku. Rindu dia peluk aku setiap malam sedangkan aku selalu membelakangkan dia. Memang rindu pangilan “sayang” pada aku yang tak pernah lekang dari mulut dia walau sekali sampai lah kami berpisah. Aku rindu dia sangat2 Allah sahaja yang tahu. Tapi dia dah tak ada perasaan pada aku. Pandang aku pun tak hingin.

PESANAN BUAT ISTERI LAIN

Aku berharap kalau lah ada isteri di luar sana yang mempunyai ego sama dengan aku, baran sama dengan aku, buta hati sama dengan aku, sedarlah sebelum terlambat. Jagalah “ego” suami anda. Kalau rasa nak marah, ingatlah kembali budi dia pada anda. Macam mana kita rasa diri ini bagus, suami tetap di atas.

Esok aku ke mahkamah untuk dia lafaz cerai. Doakan aku.

Jangan Buang Biji Kurma, Berikut Ialah Khasiatnya

by

Di bulan Ramadan ini, elok kiranya kalau kita amalkan makan makanan kegemaran Rasulullah SAW. Tetapi tidak terhad pada bulan Ramadhan sahaja, anda juga boleh mengamalkan pada bila-bila masa sekalipun. Dan salah satunya adalah buah kurma.

Semua sedia maklum akan kebaikan buah kurma, buah hebat ini mempunyai pelbagai khasiat kepada manusia seperti memberi tenaga segara kepada kita, kaya dengan serat dan potassium, menajamkan ingatan, penawar racun, mengubati penyakit usus mahupun sembelit dan pelbagai lagi jika kita kerap mengamalkan pemakanan buah ini.

Tetapi tahukah anda bukan isi buah ini saja mempunyai khasiat hebat malahan bijinya juga mempunyai khasiat yang hebat. Pernah dengar kopi biji kurma? Proses pembuatan kopi biji kurma ini juga mudah untuk dilakukan.

Cara Penyediaan Kopi Biji Kurma

  1. Basuh biji kurma tersebut dan toskan.
  2. Ratakan di dalam dulang kemudian jemur seharian di bawah cahaya matahari.
  3. Kemudian bila sudah kering, goreng biji kurma tersebut dalam kuali tanpa minyak.
  4. Goreng sehingga hangus dan mengeluarkan aroma seperti kopi.
  5. Tumbuk atau blender biji kurma berkenaan dan terhasillah serbuk kopi yang sedia dibancuh untuk di minum.

Mudah bukan? Untuk pengetahuan anda, ini antara kebaikan dan khasiat kopi biji kurma yang elok kita amalkan. Sungguh banyak kebaikkannya, sebab itu kurma merupakan buah-buahan sunnah , kebaikkannya dari isi hingga biji. Berikut ialah kebaikkan kopi kurma:

  • Memberi tenaga segera
  • Memulihkan tenaga Syahwat
  • Menyembuhkan kencing manis
  • Memberi tenaga kepada lelaki dan wanita
  • Menghilangkan letih dan lesu
  • Menghangatkan badan
  • Mengendorkan saraf yang tegang
  • Menyembuhkan kanser, keputihan, gatal-gatal dan masuk angin
  • Menyembuhkan sakit perut
  • Menyegarkan badan/tidak mengantuk
  • Menyembuhkan darah tinggi, kolesterol, strok dan goutt
  • Menyembuhkan sakit kepala/ migrain
  • Melancarkan peredaran darah

Sila share dan sebarkan artikel ini jika anda rasa ianya bermanfaat. Terima Kasih.

Sumber : Wanista

Gigih Wanita Hamil Puasa Sebab Rasa Bersalah Untuk Tinggal, Tapi Anda Patut Tahu Kesannya Pada Bayi!

by

Sepanjang bulan Ramadan, ramai yang mengejar barakah dalam amalan berpuasa dengan sempurna. Ini temasuk golongan wanita hamil, mereka gigih berpuasa kerana tidak mahu terlepas keberkatan di bulan yang mulia. 

Ada yang tak larat pun, malah beberapa kali muntah pun tetap nak teruskan. Agaknya ini tidak memudaratkan pada bayinya ke dan adakah mereka wajib berpuasa seperti biasa?

Nak tahu lebih dan tip berpuasa bagi wanita hamil, anda boleh baca perkongsian dari Medical Doctor, Medical Homeopath, Life Coach and Energy Healer, Dato Dr. Suriyakhatun Osman ini...

UNTUK WANITA MENGANDUNG

Wanita mengandung tidak wajib puasa namun ramai wanita akan berpuasa juga semasa mengandung sebab susah nak ganti pada bulan lain. Ini sebab utama. Sebab yang lain adalah kerana wanita mengandung mahukan pahala ibadah puasa dan sayang serta rasa bersalah untuk tinggalkan puasa seolah dia berdosa pula.

Apa pula kesan untuk anak yang dikandung? Sebenarnya jika ibu yang mengandung;

1. kurang darah / kurang zat galian

2. tidak naik berat badan seperti yang sepatutnya

3. kurang selera makan semasa berbuka dan sahur

4. makan tak betul (tidak ada nutrisi dan tidak seimbang) semasa berbuka dan sahur

5. ada penyakit yang menjejaskan penghazaman

6. ada penyakit kronik yang lain

7. hampir cukup bulan (bahaya prem labour kalau hypoglycaemic)

8. sering pitam dan peluh sejuk semasa puasa

9. tekanan darah terlalu rendah

10. gestational diabetes (kencing manis waktu mengandung);

Ada kemungkinan puasa ibu akan menjejaskan perkembangan bayi dalam perut dan membawa masalah kesihatan yang kronik pada bayi.

Bagi wanita mengandung yang tiada masalah seperti di atas, kenalah nilai dengan penuh ikhlas niat dan sebab dia mahu puasa dan nakkan puasa penuh. (Mungkin lebih mudah untuk puasa selang-selang). Fikirkan juga bahawa puasa boleh diganti dan Allah swt dengan rahmat Nya telah mengizinkan untuk tidak puasa tetapi bila anak dalam kandungan terjejas, ia mungkin menanggung masalah kesihatan seumur hidup sebab bayi dalam kandungan sedang lalui proses 'development of organs' dan kurang nutrisi pada waktu tertentu dalam proses ini akan menjejaskan organ terlibat.

TIP PUASA BAGI IBU MENGANDUNG / MENYUSU

Sebenarnya sama saja nasihat saya untuk ibu yang dalam keadaan mengandung dan menyusu. Perlu awasi tanda-tanda hypoglycaemia dan juga dehydration.

Antaranya pitam, berpeluh sejuk, badan rasa lemah dan tak bermaya semasa berpuasa.

Dalam keadaan ini berbukalah, anda tidak diwajibkan berpuasa dan jika berpuasa, anda kena nilai kemampuan diri dan berbuka sebelum mudharat.

Tentang pemakanan pula, ibu yang menyusu dan mengandung perlu beri perhatian yang lebih tentang mutu makanan berbuka dan bersahur .

Antara yang mustahak...

1. Air, minum air kerap sepanjang malam. Air perlu bersih dan bertapis, bukan air masak, bukan air RO, bukan air mineral yang dibeli ( plastiknya ada toksin)

2. Ambil snek yang padat energy seperti nuts : gajus, pistachio, sunflower seeds, pumpkin seeds, almonds etc . Snek ini boleh makan lepas berbuka, sehingga sejam sebelum tidur dan lepas sahur sebelum imsak.

3. Bersahur paling lewat yang boleh, makan makanan seperti saya sebutkan

4. Tambah dengan protein drink yang baik dan tanpa kimia. Baca betul-betul label protein drink yang nak dibeli, pastikan tidak ada kimia atau bahan tambahan yang bahaya untuk kandungan atau anak menyusu. Awas ada herba yang juga tidak baik dimakan ibu mengandung dan menyusu dan ada produk dalam pasaran yang ada herba untuk kuruskan badan. Pengedar tidak bertanggung jawab mengesyurkan untuk ibu mengandung /menyusu. Awas pemanis tiruan dalam minuman.

Minuman yang banyak asid amino termasuk bone broth, marine collagen dan gam arab.

Boleh juga tambahkan makanan seperti kurma buah dan gum arabic sebab makanan ini senang hazam ada serat dan tinggi nilai nutrisi.

Makan makanan yang nutrisinya padat. Chlorella adalah makanan yang padat nutrisi dan membantu heavy metal detox. Saya tidak sebut spirulina sebab ia mengandungi neurostimulant yang mungkin tidak sesuai semasa mengandung walaupun ia padat nutrisi juga.

5. Elak makanan segera, makanan tiruan dan makanan dalam tin. Bila kita berpuasa bahan toksik dari makanan berproses lebih mudah masuk ke dalam air susu ibu.

6. Amalkan scrubbing kulit, pastikan lawas buang air besar dan senaman ringan waktu petang untuk keluarkan peluh (detox juga)

7. Optimakan kesihatan usus dengan probiotic dan prebiotic serta enzyme, antara makanan tradisi kita yang ada enzyme adalah tempoyak dan tempe mentah! Rajinlah makan dengan ulaman.

8. Kobis, pudina dan terlalu banyak pengambilan "herbs" boleh kurangkan susu. Begitu juga ada yang dapati Chia seeds kurangkan susu sedangkan halba dan ulam ulaman banyakan susu.

Ada yang risaukan kesan detox akan jejas anak yang di susukan. Saya berpendapat ini tidak perlu dirisaukan jika ibu mengambil berat untuk memastikan nutrisinya cukup dan ibu mengambil langkah mengoptimakan organ detoksnya seperti scrubbing kulit, ginjal (kidney) dan usus (berak kena lawas, tak lawas perlu lawaskan), keluarkan peluh.

Matahari Tegak Atas Kaabah Hari Ini

by

Kaherah: Institut Kajian Astronomi dan Geofizik Kebangsaan Mesir berkata, hari pertama Ramadan hari ini akan menyaksikan sesuatu yang unik - matahari akan berada tepat di atas Kaabah pada jam 12.18 waktu Makkah ketika masuk waktu solat Zuhur.

Institut berkenaan berkata, ketika itu, bayangan Kaabah akan hilang dan arah matahari pada semua tempat di dunia akan tepat menghala ke arah kiblat.

Dalam kenyataannya menerusi Twitter, jabatan yang bertanggungjawab terhadap aktiviti mata hari di institut itu menyatakan, sudut darjah matahari pada masa waktu masuk solat Zuhur ialah 89.93 darjah di atas Kaabah, kurang 0.07 darjah daripada sudut tepat.

Fenomena itu hanya berlaku dia kali setahun, yang pertama hari ini dan yang kedua pada 15 Julai.

Bagaimanapun, apa yang istimewa tahun ini ialah ia berlaku pada Zuhur pertama Ramadan.

Sumber: Harian Metro

Elak Beli & Guna 7 Produk Kosmetik Ini Yang Mengandungi Racun Berjadual - Kkm

by

PUTRAJAYA - Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam menggesa orang awam mengelak daripada membeli dan menggunakan tujuh produk-produk kosmetik yang tersenarai kerana dikesan mengandungi racun berjadual. 

Dalam kenyataan akhbar KPK diterbitkan 26 Mei itu memaklumkan, notifikasi bagi produk-produk terlibat juga telah dibatalkan berikutan pengesanan bahan racun berjadual dalam produk berkenaan. 

"Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone dan tretinoin boleh menyebabkan kemerahan, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini dan kulit menjadi hipersensitif. 

"Kesan dari pengguna hyroquinone juga boleh menghalang proses pigmentasi yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit. 

"Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif terhadap cahaya matahari. 

"Produk komestik yang dicampurpalsu dengan merkuri boleh memudaratkan kesihatan kerana merkuri terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan buah pinggang dan sistem saraf.

"Selain itu ia boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan," kata kenyataan itu. 

Justeru, KKM memberikan amaran kepada penjual dan pengedar produk-produk kosmetik untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk yang tersenarai serta-merta. 







Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama. 

Syarikat yang melakukan kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya. 

Sehubungan itu, KKM menasihatkan orang awam yang masih menggunakan produk itu berhenti segera dan dapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers. 

Sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik boleh menghubungi talian 03-78835400. 

Sumber: The Reporter

Friday, May 26, 2017

Bila Suami Kau Pasang Niat Ingin Tambah Cawangan, Cuba Tambat Kembali Hati Suami, Bukannya Meroyan Sana Sini

by

Saya seorang perempuan, saya tahu naluri orang perempuan (saya berumur 40 tahun) dan suami berumur 46 tahun. Saya selalu cuba memahami dan mendalami perasaan suami saya.

Alhamdulilah, saya telah berumahtangga lebih dari 22 tahun (saya kawin ketika umur saya 18 tahun seusai saja tamat SPM) dan telah dikurniakan 10 orang cahayamata. Untuk pengetahuan puan, semenjak kawin saya tak pernah bergaduh dgn suami saya, petuanya ringkas, ikut kehendak suami dan jangan bantah selagi tidak bertentangan dengan perintah agama sekalipun ia mungkin bertentangan dengan kehendak kita. Lepas tu baru kita beri pendapat kita dan kehendak kita pulak, tentu suami akan sejuk hati dan juga akan mengikut kehendak kita. (of course pilihan awal pun kena lah tepat, nak pilih suami pun janganlah main sapu jer, mentang mentang tengok dia keter besar terus setuju. Kalau dah cari suami hidung belang, kena lah tanggung sendiri akibatnya). Org lelaki juga kadang2 seperti budak budak perangai dia. Lagi kita resist, selagi tu dia akan insist. Sama dengan newton’s law of motion i.e action equals to reaction. So kalau kita ikut kehendak dia, dia akan lebih tenang dalam membuat keputusan dan segala urusan akan lebih mudah.

Untuk makluman, suami saya ni dah jadi jutawan pada umur 40 tahun walaupun pada asalnya ketika kami mula mula bernikah dia cuma memandu proton saga. Beliau seorang yang berjimat dalam segala hal. Memang duit cash simpanan dia dah melebihi jutaan ringgit dan dia ada beberapa buah rumah sewa dan sebagai isteri saya tak pernah meminta apa-apa pun dari dia, semuanya atas ihsan pemberian dia. Saya bershukur kerana Allah temukan saya dengan sorang suami yg baik bila saya compare dengan orang lain yang mendapat suami yg tak bertimbangrasa yang lain. Alhamdulillah, sejak kami kawin dan dikurniakan ramai anak, hidup kami tak pernah kesempitan kerana saya percaya berkatnya rezeki kami dan saya qanaah dengan apa yang ada. Walaupun saya tak bekerja sejak kawin, rezeki kami sentiasa bertambah especially selepas kami menunaikan haji. Semasa pergi kemekah menunaikan haji 10 tahun lalu, yang saya minta cuma hidup aman yang berpanjangan bersama kasih sayang anak dan suami. Dan Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya.

Tapi kita kena faham, orang laki ni bila banyak duit, banyak pula cabarannya. Memang ada kawan kawan dia yang menawarkan perempuan lawa dan janda muda untuk di jadikan isteri kedua. Tetapi seperti yang saya cakap, kalau kita berterus terang dgn suami kita, dia juga akan berterusterang dgn kita. Dia pernah mengajukan pada saya hasrat nak kawin lagi atas alasan nak menolong seorang janda muda anak tiga. Saya dengan tenang cakap pada dia, kalau itulah yang lebih membahagiakan hidup dia, saya izinkan dan saya redha. Seperti yang saya cakap, kita jangan lawan. Hati perempuan mana yg ingin berkongsi suami. Samalah seperti saya. Tapi kita kena simpan perasaan kita tu dulu, kita kena setuju dulu dengan kehendak dia. Kemudian kita kena tunjuk pada dia kasih sayang kita yg tak berbelah bahagi walaupun dia telah menyatakan hasrat dia untuk kawin lagi. Kita pelu cuma memenangi hati dia kembali. Munkin ada kekurangan pada kita menyebab kan dia cuba mengalih arah.

Nak tahu pa yang saya lakukan selepas dia menyatakan hasratnya untk tambah cawangan? Tak ada piring terbang…. Tak saya suruh dia tidur di luar….. Tak saya tidur membelakangi dia…tapi ….. Saya cuba untuk memberikan dia layanan yang lebih baik. Kalau biasa bangun pagi-pagi kita take for granted..makan-minum pagi suruh dia ambil sendiri atas meja, kali ni saya hidangkan..buat yang terbaik untuknya. Utamakan dia dari anak-anak. Buat seketika tu jer….

Sebelah malam pulak, pakai pakaian cantik cantik dan berwangi wangian …Semasa tidur peluk dia jangan lepas lepas sampai pagi …biar dia tercungap cungap pun tak apa….kalau dia tanya, cakap kata yang kita sayang sangat kat dia. so selagi dia masih ada kita seorang dalam hidup dia cakaplah kita nak ambil peluang sebanyak mungkin untuk bersama dia, sebab bila dia kawin lagi satu, kita akan berkongsi suami. Jadi masa tu nanti kita cuma ada separuh masa denagn dia (Lupa nak cakap…sebenarnya sebelum itu saya telah meminang calon isteri untuk suami saya atas permintaannya).

Sambung cerita tadi…. Buat macam tu berterusan selama 2 minggu, dan jangan lupa bangun sembahyang malam, minta doa pada Allah. InsyaAllah, selepas 2 minggu dia akan berubah hati dan membatalkan niatnya. Saya telah buktikan. Selepas 2 minggu perempuan itu minta diputuskan tunang. Itu cerita masa saya ada anak 5. (Masih lawa lagi aih…pun suami dah menggatal). 6 tahun kemudian, suami berkenalan pulak denagn seorang anak dara umur 25 tahun. Masa tu saya dah umur 35 tahun. Saya di uji lagi. Dengan zaman internet yg canggih, dia diperkenalkan dengan anak dara yg 15 tahun lebih muda darinya oleh seseorang dan mereka berhubung melalui FB. Kali ini saya tidak mengetahui kerana dia sudah berjanji dgn saya kalau dia nak tambah cawangan dia tak akan beritahu saya lagi kerana dia kesiankan saya. Dia kata kalau dia beritahu saya, mesti tak jadi punya. So, dalam senyap senyap dia berhubung melalui applikasi FB messenger sampai ke peringkat dia telah menetapkan tarikh pernikahan dengan gadis itu. Mereka bercadang untuk melangsungkan perkahwinan di selatan thailand.

Tetapi Allah maha kaya. Sehari sebelum hari yang mereka rancangkan ditakdirkan saya jatuh sakit dan terpaksa di admit ke hospital Kuantan. Maka suami pun memberitahu si gadis minta menunda rancangan perkahwinan mereka (tanpa pengetahuan saya). Si gadis tak bersetuju dan menekan suami saya supaya meneruskan juga rancangan. Bila suami berkeras mengatakan dia perlu menjaga saya di hospital, si gadis mula menggunakan kata2 kesat terhadap suami yang tak sepatutnya keluar dari mulut seorang anak dara. Dari situ barulah suami mulai sedar siapa sigadis itu. Suami terus memutuskan hubungan dgn gadis tersebut dan barulah diceritakan semuanya pada saya. Saya cuma ucapkan kata2 shukur pada Allah, walaupun saya dimasukkan kehospital, rupanya ada hikmatnya dan sekali lagi Allah telah menyelamatakan saya dari menjadi madu. Kalau sekarang pun suami saya kata nak kawin lagi, saya tak akan larang, tapi of course saya tak akan menggalakkan. Kalau kita benar benar sayangkan suami kita, kita kena berkorban. Dan inilah sebesar besar pengorbanan sebagai seorang isteri.

Poligami adalah sesuatu yang dibenarkan. Ia juga mempunyai hikmat dan manfaat yang besar kepada umat Islam khususnya dan manusia umumnya. Sama ada cintakan suami orang tu boleh membawa kebahagiaan atau tidak bergantung kepada sistem pengurusan keluarga kita. Kita kena hapuskan anggapan-anggapan ini:-

(i) bahawa seseorang mencintai “suami orang” itu suatu tindakan “merampas”; Allah jadikan suami itu unutk dikongsi.So apa yang nak dirampas?
(ii) bahawa berpoligami itu sebenarnya akan membawa kepada ketidak-adilan. Bini satu pun kalau jenis suami tak adil, memang tak adil punya
(iii) bahawa bagaimana hendak “membahagikan” kasih-sayang. Sebenarnya “kasih-sayang” ibarat hujan. Ia tidak dibahagikan tetapi semua orang akan basah jika ditimpa hujan walaupun
berada di tempat yang berlainan. Bukan bererti dua orang yang berada di suatu padang akan basah separuh sahaja apabila ditimpa hujan;
(iv) berpoligami itu akan menimbulkan masalah. Apakah perkahwinan monogami tidak menimbulkan masalah?

Walau apapun, adalah lebih elok jika perkahwinan berkenaan bermula dengan kerelaan semua pihak. Isteri pertama jangan menganggap bahawa dia lemah, tak pandai jaga laki dsb apabila ada “kawan” baru. Dan paling penting, suami yang mempunyai lebih daripada satu keluarga mestilah berlaku adil. Walaupun tidak mudah untuk berlaku adil tetapi tidak mustahil, jika dimulakan dengan niat atas dasar iman. Adil bukan maksudnya semuanya sama (equal) tetapi setiap pihak mendapat haknya mengikut keperluan dan kedudukan (equitable).

Akhir sekali, perlu ada kesepakatan tentang “conflict resolution mechanism” kerana setiap kehidupan akan terdedah kepada konflik. Banyak konflik besar bermula daripada konflik kecil yang tidak terkendali. Apatah lagi jika emosi menjadi perkasa semasa konflik.

Mohon komen yang murni murni saja yer. Yang elok jadikan teladan, yang buruk kadikan sempadan

Sumber: KRT

“Peluk Bantal Sangkakan Anak” – Lelaki Kongsi Kisah Malam Pertama Kematian Anak Mereka

by

Seorang lelaki bernama Muhammad Ahmad telah berkongsikan sebuah nukilan kepada suami-suami diluar sana, beliau menulis nukilan ini selepas melihat pengorbanan isterinya selepas mereka telah kehilangan anak pertama berumur 1 tahun 4 bulan.

Jom kita baca.

Petang tadi saya ajak isteri dan anak ziarah penghuni syurga. 3 tahun berlalu. Masih segar dalam ingatan kami. Saya cakap kepada anak. Ini abang awak, dia sekarang penghuni syurga. Saya sebut nama anak syurga ini, anak ikut sama. Saya cabut rumput, betulkan tanah, dia ikut sama.

Saya selalu cakap kepada isteri, terima kasih jaga anak siang malam tanpa sedikit pun mengeluh. 1 tahun 4 bulan 'tidur-tidur ayam'. Hari dan minggu pertama berpantang terpaksa ulang alik ke hospital. Allahu saat akhir kami berjuang susukan anak(di facebook lama saya ada tulis perjalanan anak kami). Sekarang tidak mampu untuk menulis lagi.

Masih segar dalam ingatan saya keadaan isteri malam pertama kematian anak, isteri peluk bantal sangkakan itu anak kami, nangis siang malam rindukan anak. Saya saban hari bersama isteri, sentiasa ungkap perkataan: Redha diatas kematian anak Allah bina istana di syurga.

Tuan-tuan yang disayangi dan dicintai Allah. Hargai isteri, sayangi mereka, betulkan kesilapan mereka dengan penuh lemah lembut, kasih sayang. Bagi sepenuhnya perhatian saat mereka mengeluh, mengadu. Mereka siang malam jaga anak kita, jaga makan minum, pakaian kita. Jangan lihat kekurangan mereka, lihat betapa banyak jasa mereka kepada kita.

Fizikal mereka tidak mampu melawan kekuatan kita. Tetapi jiwa mereka hanya Allah lebih mengetahui saat mereka melahirkan anak,saat pertama menyusukan anak. Tiada siapa lagi untuk didik dan bimbing mereka selain kita. Bawalah mereka masuk syurga bersama.

Peluklah mereka saat mereka sedang berduka, pimpinlah mereka saat mereka jauh dengan Allah.Setiap Pelukkan buatkan rahmat Allah mencurah-curah dalam keluarga kita. Pelukkan suami buatkan isteri sihat dan bahagia. Jangan tengking mereka, jangan pukul mereka. Jangan.. Mereka perlukan kita saat emosi mereka bercelaru.

Puan-puan. Taatlah suami, jaga aib suami. Doa siang malam untuk suami. Jangan bandingkan suami kita dengan suami orang lain. Jangan sikit pun cerita kelemahan suami difacebook. Setiap hari puji suami, senyum kepada suami, sediakan makan minum yang terbaik untuk suami, jaga makan minum pakaian suami kerana Allah. Sentiasa ucap terima kasih kepada suami. Sabar dengan kerenah suami kerana Allah.

Tuan puan. Solat dua rakaat setiap hari. Minta Allah bahagiakan kita suami isteri. Sama-sama baca Al-Quran, sama-sama betulkan bacaan, sama-sama baca hadith,kisah sahabat, sama-sama bimbing anak kenal Allah dan Rasul.

Percayalah. Bahagia apabila kita sama-sama kenal Allah dan Rasul. Diri,masa,harta,keluarga bukan milik kita. Semuanya milik Allah. Serah segalanya kepada Allah. Moga Allah Terima doa kita.

Sumber: Siakapkeli

Top Ad 728x90