Top Ad 728x90

Wednesday, June 14, 2017

Ciri-ciri Orang Yang Mendapat Malam Lailatul Qadar. Adakah Kita Termasuk Dalam Golongan Ini? Jom Semak.!!

by

Kebanyakan dari kita selalu bertanya-tanya, bagaimanakah tanda-tanda seseorang yang peroleh lailatul qadar? Bisakah secara kasat mata manusia mengetahui jika ada seseorang yang mendapatkan malam seribu bulan? Rasa penasaran yang membuncah mendorong keingin tahuan yang cukup tinggi dari seorang hamba untuk bisa menemui lailatul qadar, atau paling tidak menemui seseorang yang dapatkan keberkahan malam itu.

Secara pasti memang tidak ada nash yang sebutkan tanda-tanda orang yang sangat beruntung mendapatkannya. Namun, jangan khawatir karena kita ternyata masih bisa mengenali cirri-cirinya. Menurut ustadz Ahmad Zaky ciri-cirinya ada empat poin yaitu :

  1. Orang tersebut selalu ingin dan berusaha menjadi yang terbaik dimata Allah maupun manusia.
  2. Orang tersebut selalu merasa kurang dalam beribadah, padahal seluruh ibadah wajib maupun sunah sudah ia kerjakan.
  3. Ia menjadi orang yang tak sombong kepada atasan maupun bawahannya.
  4. Dari segi wajah ia terlihat lebih bersinar dan enak dipandang mata, dan ini hanya bisa dilihat oleh orang-orang yang dekat dengan Allah.

Inilah Ciri-Ciri Khususnya

Ada pula yang menyebutkan cirri-ciri lain dari orang yang tengah mendapatkan lailatul qadar itu adalah:

1. Melihat Semua dengan Terang di Kegelapan Malam

Hal ini tidak semua hamba bisa melakukan hal serupa jika bukan yang dipilihNya. Kebanyakan manusia tidak akan bisa melihat dengan jelas apalagi terang saat digelapnya malam. Dan atas kuasa Nya seorang hamba pilihanNya pada malam itu seolah tak melihat kegelapan malam, karena semuanya serba terang.

2. Seolah dapat Melihat Seluruh Benda & Makhluk di Bumi Bersujud kepada Allah

Tanpa kita sadari sebenarnya semesta ini bersujud dan bertasbih kepada Allah, namun manusia tak bisa begitu saja bisa melihatnya secara kasat mata. Dan orang yang beruntung mendapatkan anugrah lailatul qadar ini akan bisa melihat semesta alam dan seluruh isi yang ada di dalamnya bersujud pada Allah!

3. Bisa Mendengar Suara Malaikat dan Semua Tutur Katanya

Rasulullah saat didatangi peristiwa luarbiasa dalam sujud saat mengimami shalat malam dengan para sahabatnya, beliau memang sujud begitu lama, padahal hujan datang mengguyur dengan lebatnya di masjid yang tak beratap sempurna. Seluruh tubuhnya basah, namun sama sekali tak mau beranjak, sampai para sahabat banyak yang menggigil, ternyata beliau didatangi malaikat yang bersesakan turun ke bumi dengan dengungan tasbih tak henti-hentinya. Suara malaikat yang begitu indah, diantara kedamaian yang luarbiasa dalam terang benderang!

4. Segala Doanya Dikabulkan Allah SWT

Kala lailatul qadar datang pada seorang hamba, maka doa-doa yang terpanjat, seberapa banyaknya akan dikabulkan oleh Allah.

5. Orang itu tidak Disyaratkan Melihat Tanda Apa-apa.

Baik yang berupa fisik, namun bisa merasakan kedamaian, kekhusukan yang luar biasa. Memang perasaan kedamaian yang luarbiasa yang hampir tak pernah dirasakan sebelumnya, adalah hal yang paling sering dijumpai hamba yang mendapatkan lailatul qadar.

6. Imannya Bertambah Kuat

Karena sudah mengalami peristiwa spiritual yang luar biasa, maka akan tambah kuatlah imannya. Perilaku sehari-hari akan lebih baik tentunya seperti senang sedekah, jauhi ghibah dan hal-hal yang tidak manfaat, lebih mampu mengendalikan diri dan lebih toleran pada oranglain, tak peduli golongan, suku bahkan agamanya.

Yang Dilakukan Nabi di 10 Malam Terakhir

Dahulu, Nabi Muhammad SAW bersungguh-sungguh untuk menghidupkan sepuluh hari terakhir tersebut dengan amalan-amalan melebihi waktu lainnya. Sebagaimana yang istri beliau Ummul Muminin Aisyah RA pernah katakan :

Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam sangat bersungguh-sungguh pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan, melebihi kesungguhan beliau di waktu yang lainnya. (HR. Muslim)

Aisyah RA juga berkata :

Apabila Nabi shallallahu alaihi wa sallam memasuki sepuluh hari terakhir (bulan Ramadhan), beliau mengencangkan sarungnya (untuk menjauhi para istri beliau dari berjima), menghidupkan malam-malam tersebut dan membangunkan keluarganya. (HR. Bukhari & Muslim).

Maka sudah seharusnya kita mengikuti apa saja yang dilakukan Nabi Muhammad SAW di sepertiga malam terakhir bulan ramadhan, agar kita lebih dekat dengan Allah SWT dan memperoleh kemuliaan atau keutamaan malam Lailatul Qadar.

Inilah Doa Agar Muka Nampak Cantik Dan Berseri-seri

by

Keinginan untuk tampil cantik dan berseri adalah hal yang sungguh manusiawi. Bahkan dari zaman rasulullah pun penampilan menjadi sebuah bahasan yang sering diperbincangkan. Dan kethuailah bahwa doa ini yang menjadikan manusia terlihat lebih cantik dan berseri.

Bagi sesiapa yang menginginkan supaya muka atau wajah nya berseri perlulah ia membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas shalat)

Mari lah kita amalkan ayat pengasih surah Yusuf ayat 4 dan Surah Thahaa ayat 39 seperti di bawah ini.

Bagi sesiapa yang sudah mengamalkan, Alhamdulillah.. teruskan Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh untuk anak-anak (supaya anak hormat kepada kita sebagai ibu bapak mereka), keluarga dan sahabat handai taulan.

Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin

Maksud Surah Yusuf Ayat 4;

(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku

Setelah membaca surah teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.

Wa-alqaytu

Alayka Mahabbatan Minnii Walitushna Alaa Ainii

Maksudnya surah Thaahaa ayat 39.:

Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu

Caranya:

Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.

Perlu diketahui : 

Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.

Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah nabi yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.

Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

Di Depan Mata Aku, Mak, Ayah Dan Ahli Keluarga Aku Ditanam

by

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan berita enam sekeluarga maut dan rentung dalam kemalangan jalan raya. Bagaimanapun, hanya seorang ahli keluarga yang selamat kerana dia tidak dapat mengikut keluarganya pada ketika itu. Perit, pedih dan yang pasti terasa ialah kesunyian yang teramat sangat. Hanya mereka yang pernah melalui keadaan seperti ini faham dengan apa yang dirasaikan lelaki berkenaan. 

Viral di media sosial, luahan seorang lelaki dari IIUM Confessions yang mendakwa dia pernah berada dalam situasi seperti itu ketika berusia 18 tahun. Hidupnya bagaikan gelap seketika selepas dimaklumkan oleh pakciknya mengenai kejadian yang meragut nyawa keluarga kesayangannya. 

KELUARGA AKU TERKORBAN DALAM KEMALANGAN AKIBAT KECUAIAN PEMANDU LAIN

Kita dikejutkan dengan berita enam ahli sekeluarga yang maut dalam nahas kemalangan jalan raya Bahau - Keratong, Jempol. Namun ada seorang hali keluarga yang terselamat kerana dia tidak dapat turut serta dengan keluarganya itu. 

Percayalah, saya pernah berada di tempat lelaki itu. Ahli keluarga aku, mak, ayah, abang, kakak dan adik lelaki aku (lima orang) terkorban sekaligus akibat kecuaian pemandu kereta Perodua Alza yang mengantuk. 

Pemandu itu hanya sekadar mengalami kecederaan ringan sahaja, manakala kesemua ahli keluarga aku mati. Semua keluarga aku meninggal dunia ketika aku berumur 18 tahun, saat aku tengah berfikiran rasional. 

Kau boleh rasa apa yang aku rasa saat aku melangkah masuk ke bilik mayat untuk membuat pengecaman mayat ahli keluarga aku? 

TAK FAHAM MAKSUD YANG CUBA DISAMPAIKAN OLEH AYAH

Pada hari kejadian, mak dan ayah nak hantar kakak aku yang nombor dua balik ke universitinya di Melaka, selepas cuti sem. Pada hari itu juga, aku terpaksa bekerja sementara menunggu keputusan SPM. Jadi aku tak dapat nak ikut sedangkan sudah dua kali ayah ajak ikut mereka. 

Tetapi aku bodoh, aku tak faham maksud yang cuba disampaikan. Aku masih ingat lagi, aku terpaksa sign emergency leave sebab Paklong datang menjemput aku dan memaklumkan ahli keluarga aku terlibat dalam kemalangan. Paklong pada awalnya masih merahsiakan perkara sebenar dari aku sehinggalah tiba di hospital, barulah dia beritahu segala-galanya. 

Kini sudah lebih lima tahun berlalu tetapi rasa seperti baru semalam aku bergaduh manja dengan adik-adik aku. Rasa macam baru semalam aku merasa ayam masak merah hasil air tangan ibu aku. Pedihnya ya Allah. 

BALIK RUMAH, TIADA SESIAPA

Aku hampir gila, hampir bunuh diri. Berat badan daripada 59 kilogram turun sehingga 40 kilogram. Aku hilang selera makan. Saat aku membuka mata, aku harap aku hanya mimpi, tetapi tidak. Aku tengah hidup dalam alam nyata tanpa ditemani darah kandung aku. Aku insan terpilih yang Allah uji aku. Mahu atau tidak, aku kena telan semua ini. 

Alhamdulillah, aku dijaga oleh ibu saudara yang menjaga aku tanpa berbagi. Aku kutip semangat aku satu persatu untuk teruskan kehidupan akan datang walaupun adakalanya aku rebah di sebalik tangisan yang tersimpan. 

Pernah kau fikir, bila kau balik rumah tiada sesiapa yang menyambut? Kau balik rumah, kau buka pintu bilik satu persatu ahli keluarga kau, tetapi tiada sesiapa pun? 

Hari raya kau seakan-akan tiada makna. Hari ibu atau bapa seakan-akan pisau yang menghiris hati. Setiap saat yang berdetik teramatlah menyeksakan. Aku sedikit pun tidak pernah terbayang yang aku bakal menyaksikan penggali kubur dengan rakus menggali kubur ahli keluarga aku. Aku tak pernah terbayang yang aku bakal menyaksikan mayat ibu, ayah dan ahli keluarga aku ditanam di depan mata aku, yang menjadi kali terakhir aku dapat melihat wajah mereka. 

Apa yang mampu akau buat hanya duduk meratap nasib. Aku terpaksa melalui semua itu tanpa pilihan. Takdir itu kejam ? Tidak. Manusia yang kejam. 

Walau apapun, aku yakin bahawa perancangan Allah itu lebih baik dari segalanya. Akhir kata, doakan mereka yang terkorban. Mohon doakan ahli keluarga aku yang terkorban. Doakan juga hati aku yang terkorban. 

Last but not least, doakan aku agar dapat bertemu dan berkumpul semula dengan keluarga aku. Aku rindukan mereka. Aku rindu suasana hari raya di samping keluarga yang tercinta. Tiada ganti selain dirimu. Terima kasih. 

Sumber: The Reporter

Ibu Terkejut Jumpa Tempiras/Sengkenit Bersarang Dalam Telinga Anak, Siap Dah Bertelur

by

Seperti diketahui bahawa Tempiras, Kutu Babi atau Cengkenit merupakan 'drakula' kecil yang menjadi igauan ramai orang pada waktu malam ketika tidur terutamanya kanak-kanak yang terdedah kepada haiwan peliharaan.

Serangga penghisap darah ini sesuai membiak di kawasan yang tahap kelembapannya tinggi serta dalam keadaan suhu yang suam-suam kuku, terutamanya di badan mamalia atau burung, jadi anak-anak terdedah bila memeluk haiwan peliharaan yang sentiasa keluar rumah.

Jadi tidak hairanlah apabila anak kita yang terdedah kepada haiwan peliharaan yang sering keluar rumah kawasan telingan meeka sering menjadi 'lokasi' rumahnya seperti beberapa kes sebelum ini.

Jom kita baca perlongsian Puan Sarah Rosli di mana telinga anaknya telah menjadi 'mangsa' serangga penghisap darah ini.


Allah.. Kesiannya kat anak mamy..

Sumpah wei, mesti hampa scary + meremang bulu roma bila dengar apa yang kami nak share ni.. Tambah2 bila melibatkan anak sendiri..

Semalam baru 1st time kami dgr binatang nama 'tempiras'. Sebelum ni tak penah dengar n tak penah tengok pun mcm mana rupa dia sampai la bila tgk sendiri depan mata bila binatang tu masuk tlinga Erika.

4-5 hari lepas ada prasan jugak bila Erika lepas mandi ja dia tak bagi lap tlinga dia. Lepas lap kepala dia ja, cepat2 dia nk lari.. Ingatkan sebab dia nk tgk upin ipin kat tv, so tak peduli sangat la.. Tapi benda tu berlarutan sampai byk hari bila stiap kali mandi ja dia tak bagi lap n bila part nk pakai/buka baju ja dia mcm nak elak2 bila terkuis tlinga dia.

Bila asyik camtu ja, rasa tak sedap hati jgk pastu tanya dia kenapa.. Erika bagitau tlinga dia sakit.. kita ni pun nak tengok la dah dia kata sakit.. Tapi dia lari tak bagi pegang.. Yang si mamy ni pun bendoi, biarkan ja bila anak tak bagi tengok sampai nangeh2, terus tak jadi belek..bila tanya kenapa sakit, dia kata semut gigit.. Budak 3 tahun, sakit sikit semua salah semut..

Sampai la petang semalam masa drive keta Erika duduk sebelah n cakap 'mamy tlinga Erika sakit'. Masa kat trafic light tu terus tengok2 tlinga Erika even dia tak mau bagi.. Ada nampak kecik2 warna hitam kat area telinga dia.. Yang si mamy ni pun sebab tengah drive kuis2 jela benda2 hitam tu kat telinga Erika sebab Ingat habuk..(Tak boleh belek betul2 sebab tengah drive)

Lepas buka posa Erika terlena, mamy dia ni baru la boleh skodeng telinga Erika.. kalau dia tgh sedar, jangan harap la dia nak bagi sentuh. Bila tengok tak la nampak apa pun sampai la bila belek kat celah cuping tlinga! Nampak ada benda warna hijau+biru2 sikit.. Ingatkan nanah bila panggil dedy Erika trus dia kata

''Ini bukan nanah, ini tempiras, binatang ni gigit sakit ni sebab dia hisap darah.."



Ya Allah kesianya kat Erika.. Patut la nak sentuh telinga pun dia tak bagi. Ada binatang gigit rupanya.. Pastu dedy Erika pun cepat2 ambik kepit kuku n tarik binatang tu kluar.. Tapi sebelum tu Erika nangeh jangan tanya la mcm mana.. Dedy dia kata slalunya kecik ja binatang tu tapi kali ni besar maybe sebab dah lama dia ada kat tlinga Erika.


Lepas dah buang tempiras tu rasa la lega hati sikit n terus rasa nk Google tengok apa tu tempiras. Bila Google ja trus naik gambar "tempiras bertelur dalam telinga manusia''.. Ada gila wei tahap meremang bulu roma tu bila tengok telur2 tu sebijik sama macam bintik2 hitam yang ada kat celah2 telinga Erika!.. Mati2 ingat hitam2 tu darah kering kesan gigit tempiras tu la..


Memang ingat nak cuci next time ja sebab Erika dah meraung sakit bila nak kuis telinga dia lagi.. Tapi rupanya bukan.. Tu telur dia.. Tempiras akan bertelur bila dia dah kenyang..! Ya Allah geli sungguh2 laa...

Lepas tau tu telur dia, cepat2 panggil dedy Erika suh cuci bagi clear semua sebab takut masuk dalam lubang tlinga. Bayangkan la Erika punya meronta masa tu tak bagi sentuh tlinga dia. Nanges ni jangan tanya la.. Naseb bek la mamy Erika ni sado jugak.. Peluk kuat sampai dedy dia polish habeh baru boleh lepas dia.. Nanges sampai teresak-esak.. Mamy tak dapat bayang la Erika oii kalau telur2 tu tak buang dari telinga Erika... Allahuakbar...


Tak tau la mana Erika p ambik binatang tu.. Nak kata duduk dalam hutan, rumah taman.. Hutan nak mai celah mana? Hmm.. Tapi rupanya binatang ni suka duduk kat kucing! Erika ni suka pegang kucing walhal kami tak bela kucing pun.. Erika pun tau mamy dia akan marah bila dia pegang kucing tp biasa la budak2 bila mak dia tak tengok, masa tu la dia ambik kesempatan.. hmm

Tapi nak buat macam mana, benda dah nak jadi.. Harap2 benda ni tak kena la kat budak2 lain.. Tak sangka tempiras ni bahaya rupanya.. Sampai lani, geli geleman tak habeh.. jenuh garu pala..

Ini bukanlah kes pertama kami kongsikan, kes ini pernah terjadi kepada anak Puan Nadhrah Zulkifli di mana anaknya turut menjadi mangsa serangga penghisap darah ini, jadi ibu bapa diluar sana, sentiasa peka jika telinga anak kita sakit atau telihat sesuatu di kawasan telingannya.

Sumber: Siakapkeli

Kantoi Menyorok 6 Jam Rakam Wanita Dalam Tandas

by

SEORANG suspek lelaki warga Singapura telah ditahan oleh kakitangan AEON Credit di City Square Johor Bahru, kerana didakwa merakam video wanita di dalam tandas.

Suspek dikatakan sanggup menyorok dalam tandas wanita dari pukul 11 pagi hingga 5 petang semata-mata untuk merakam video wanita yang menggunakan tandas itu.

Sumber media sosial memaklumkan ketika tangkapan, suspek dalam keadaan berbau alkohol.


Kepada wanita-wanita di luar sana, sentiasalah ambil langkah berjaga-jaga semakin ramai 'orang sakit jiwa' seperti ini.

Subhanallah!! Inilah 7 Keistimewaan Malam Lailatul Qadar, Malam Seribu Bulan..

by

Setiap umat Islam pasti teringin bertemu ‘Lailatul Qadar’ iaitu malam penuh rahmat dan kemuliaan. Malam yang mempunyai 7 keistimewaan ini begitu utama dari malam-malam yang lain kerana ia hanya boleh ditemui setahun sekali sahaja iaitu pada salah satu daripada 10 malam terakhir Ramadhan.


Perkara itu dijelaskan dalam firman Allah سبحانه وتعالى:

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ﴿١﴾ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ ﴿٢

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Al-Qadar. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu?” (Surah Al-Qadar; Ayat 1 – 2)

7 Keistimewaan Lailatul Qadar tersebut adalah:~

1. Waktu Diturunkan Al-Quran

Lailatul Qadar menunjukkan keistimewaan kerana pada malam inilah Allah سبحانه وتعالى menurunkan kitab suci utama iaitu Al-Quranul Karim.

Ibnu ‘Abbas dan selainnya mengatakan, “Allah menurunkan Al-Quran secara keseluruhan sekaligus dari Lauhul Mahfuzh ke Baitul’ Izzah yang ada di langit dunia. Kemudian Allah menurunkan Al-Quran kepada Rasulullah ﷺ tersebut secara beransur-ansur sesuai dengan peristiwa dan kejadian yang berlaku sepanjang 23 tahun.”

2. Lebih Baik Dari 1000 Bulan

Keutamaan Lailatul Qadar sungguh luar biasa kerana malam ini lebih baik dari 1000 bulan dan bersamaan dengan 83 tahun.

Allah سبحانه وتعالى berfirman;

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ

“Malam Lailatul-Qadar (Malam Kemuliaan) itu lebih baik dari seribu bulan.”

(Surah Al-Qadar; Ayat 3)

An Nakha’I dalam ‘Latha-if Al Ma’arif’ menyatakan, “Amalan di lailatul qadar lebih baik dari amalan di 1000 bulan.” Mujahid, Qotadah dan ulama lainnya berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan lebih baik dari seribu bulan adalah solat dan amalan pada lailatul qadar lebih baik dari solat dan puasa di 1000 bulan yang tidak terdapat lailatul qadar. (Zaadul Masiir).

3. Malam Penuh Keberkatan

Lailatul Qadar adalah malam yang penuh keberkatan berdasarkan firman Allah سبحانه وتعالى,
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ

“Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.” (Surah Ad Dukhan; Ayat 3)

‘Malam penuh berkat’ ini adalah malam ‘Lailatul Qadar’ dan ini juga menunjukkan keistimewaan malam tersebut. Ramai malaikat yang akan turun pada Lailatul Qadar kerana banyaknya keberkatan pada malam tersebut dan turunnya malaikat menandakan melimpahnya berkat dan rahmat.

4. Turunnya Jibril Dan Para Malaikat

Keistimewaan Lailatul Qadar diiringi juga dengan turunnya para malaikat yang diketuai oleh ‘Ar Ruuh’ iaitu malaikat Jibril pada malam al-Qadr dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang-gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang berpuasa dengan seikhlas hati.

Allah سبحانه وتعالى berfirman,

تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم

“Pada Malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka.”(Surah Al-Qadar; Ayat 4)

Keistimewaan ‘Ar Ruuh’ atau Malaikat Jibril yang disebut dalam ayat di atas adalah bagi menunjukkan kemuliaan (keutamaan) malaikat tersebut.

Sebagaimana malaikat turun ketika ada yang membacakan Al-Quran, mereka juga akan mengelilingi orang-orang yang berada dalam majlis zikir dan majlis ilmu. Para malaikat akan meletakkan sayap-sayap mereka pada penuntut ilmu kerana malaikat sangat mengagungkan mereka. (Tafsir Al-Quran Al ‘Azhim, 14: 407)

5. Malam Kesejahteraan

Lailatul Qadar disifatkan sebagai keutamaan luar biasa dan kesejahteraan kerana pada malam itu malaikat turun untuk mengucapkan “Salam Sejahtera” kepada seluruh penduduk bumi.

Firman Allah سبحانه وتعالى;

سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْر

“Sejahteralah Malam (yang penuh berkat) itu hingga terbit fajar!” (Surah Al-Qadar; Ayat 5)

Mujahid menyatakan, “Malam tersebut penuh keselamatan di mana syaitan tidak dapat berbuat apa-apa di malam tersebut, baik berbuat buruk atau mengganggu yang lain.” (Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim). Juga boleh membawa makna bahawa malam tersebut, banyak yang terselamat dari hukuman dan seksaan kerana mereka melakukan ketaatan pada Allah سبحانه وتعالى (pada malam tersebut).

6. Dicatatkan Takdir Tahunan

Lailatul Qadar adalah malam penulisan dan dicatatkan takdir tahunan. Imam Nawawi rahimahullah dalam ‘Syarh Muslim’ bahawa catatan takdir tahunan tersebut tentu saja didahului oleh ilmu dan penulisan Allah سبحانه وتعالى. Takdir ini nantinya akan diperlihatkan kepada malaikat dan ia akan mengetahui yang akan terjadi dan mereka akan melaksanakan tugas yang diperintahkan untuknya.

Allah سبحانه وتعالى berfirman,

فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ

“Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah” (Surah Ad Dukhan; Ayat 4)

Ibnu Katsir dalam kitab tafsirnya menerangkan bahawa pada Lailatul Qadar akan diperhalusi di Lauhul Mahfuzh mengenai penulisan takdir dalam setahun, juga akan dicatat ajal maut dan rezeki. Dan turut juga akan dicatat segala sesuatu hingga akhir dalam setahun. Demikian juga diriwayatkan oleh Ibnu ‘Umar, Abu Malik, Mujahid, Adh Dhahhak dan ulama salaf lainnya.

Allah سبحانه وتعالى berfirman,

يَمْحُوا۟ ٱللَّهُ مَا يَشَآءُ وَيُثْبِتُ ۖ وَعِندَهُۥٓ أُمُّ ٱلْكِتَٰبِ

“Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan di sisi-Nya-lah terdapat Umulkitab (Lohmahfuz).” (Surah Ar Ra’d; Ayat 39)

7. Dosa Diampunkan

Dosa setiap orang yang menghidupkan malam ‘Lailatul Qadar’ akan diampunkan oleh Allah سبحانه وتعالى.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah ﷺ bersabda,

مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Sesiapa melaksanakan solat pada malam lailatul qadar kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampunkan.” (Hadis Riwayat Bukhari r.a.)

Ibnu Hajar Al Asqalani mengatakan bahawa yang dimaksudkan ‘iimaanan’ (kerana iman) adalah membenarkan janji Allah سبحانه وتعالى iaitu pahala yang diberikan kepada orang yang menghidupkan malam tersebut. Manakala ‘ihtisaaban’ bermakna mengharap pahala dari sisi Allah سبحانه وتعالى, bukan kerana mengharap selainnya seperti berbuat riyak. (Fathul Bari)

‘Lailatul Qadar’ juga dikenali dengan nama ‘Lailatul Syaraf’ bermaksud malam kemuliaan atau ‘Lailatul Tajalli’ yang bermakna malam Allah سبحانه وتعالى melimpahkan cahaya dan hidayahNya kepada orang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.

Orang yang beribadah sepanjang tahun tentu lebih cerah dan mudah mendapatkan 7 keistimewaan dan kemuliaan malam tersebut kerana ibadahnya bersifat kekal, tetap, ikhlas dan konsisten berbanding dengan orang yang beribadah jarang-jarang.

“Ya Allah! Mudahkanlah bagi kami meraih keistimewaan Lailatul Qadar di hari-hari terakhir bulan Ramadhan tahun ini dengan kami berupaya mengisinya dengan seikhlas hati bersolat, berzikir dan beramal soleh tanpa rasa mengantuk.”

Aaminnn Yaa Rabbal Alamin….

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

6 Penuntut UPNM Bunuh Zulfarhan Disabit Salah Hukum Gantung Sampai Mati

by

KUALA LUMPUR: Lima penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didakwa di Mahkamah Majistret, hari ini atas tuduhan membunuh Pegawai Kadet Laut universiti itu, Mei lalu. Seorang lagi penuntut UPNM didakwa bersubahat membunuh mangsa, Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, yang juga pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik universiti itu.

Lima tertuduh adalah Mohd Akmal Zuhairi Azmal, Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri, manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali, didakwa bersubahat. Semua tertuduh yang berusia 21 tahun itu hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin. 

Lima tertuduh, Mohd Akmal, Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif dan Mohamad Shobirin, didakwa secara bersama-sama membunuh Zulfarhan di Bilik 04-10 Blok Penginapan Asrama Jebat, UPNM Sungai Besi, di sini, di antara jam 4.45 pagi hingga 5.45 pagi, pada 22 Mei lalu. 

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Abdoul Hakeem didakwa bersubahat dengan lima tertuduh membunuh mangsa di tempat dan pada masa yang sama. Dia didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 Kanun sama, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Sumber: Berita Harian

Tuesday, June 13, 2017

GEMPAR!! VIDEO Dato Aliff Syukri Mengamuk Selepas Bibiknya 'Kantoi' Mencuri, Jumpa Duit Dan Pakaian Isteri Dalam Beg Bibik

by

Sebentar tadi, usahawan terkenal Dato Aliff Syukri telah memuatnaik dua buah video di laman Facebook dan Youtube miliknya di mana dia dilihat sedang mengamuk selepas mendakwa pembantu rumahnya mencuri wang dan barang-barang milik isterinya.

Di dalam video berkenaan menunjukkan barang-barang yang dicuri oleh bibiknya itu dan beliau dikatakan mahu membuat laporan polis mengenai pembantu rumahnya itu yang baru bekerja sebulan.

Bagaimanapun dilihat pambantu rumanhya itu merayu agar tidak melaporkan kepada pihak polis dan berjanji tidak akan mencuri lagi.

"Bibik pencuri, dia ingat dia bini aku..saya dah bagi bermacam-macam kemudahan baju raya ,duit raya, duit belanja untuk anak2 dia siap belikan make up hias wajah. dia tak buat keja pun saya tak marah ini yg di balas dengan saya," tulisnya di laman Facebook.

Menurut beliau, pembantu rumahnya itu sudah siap sedia untuk melarikan diri di mana semua yang dicuri telah dimasukkan di dalam beg.

Jom lihat video berkenaan.


Sumber: Siakapkeli

Lelaki Terkejut Harga Ketam Bernilai RM9,600..Ini Penjelasan Sebenar Dari Restoran Tersebut...

by

Jika anda hidup untuk makan, mungkin anda setuju bahawa makanan adalah salah satu perkara yang terbaik dalam kehidupan. Tapi, berapa ramai yang sanggup berbelanja ribuan ringgit hanya untuk satu jenis makanan? 

Apa yang terjadi kepada pengunjung sebuah restoran ini apabila menerima bil sangat mengejutkan dirinya. Lelaki ini berkunjung ke sebuah restoran makanan laut yang terletak di Straits Quay, Pulau Pinang. Beliau memesan Alaskan King Crab bernilai RM9636! 

Lelaki tersebut berjaya merakam gambar bil yang salah dan terus memuat naik gambar tersebut di Facebooknya dengan dakwaan yang tidak tepat. Lelaki itu memuat naik gambar tersebut dengan niat untuk menghentam restoran tersebut kerana mengenakan caj yang tidak masuk akal itu. 

Netizen juga terkejut melihat resit makanan tersebut dan gambar tersebut mula menjadi viral di sosial media. Malangnya buat lelaki tersebut, restoran makanan laut tersebut menjelaskan keadaan sebenar bahawa bil tersebut sebenarnya adalah satu kesilapan.

Ketam seberat 2.2kg itu hanyalah bernilai RM963 tetapi disebabkan keadaan pada masa itu agak sibuk, salah seorang kakitangan restoran tersebut dengan tidak sengaja tersalah menekan nombor '6' di hujungnya menjadikan harga ketam itu RM9636. 

Bil tersebut dihantar kepada lelaki tersebut namun berjaya disedari oleh kakitangan tersebut dan dengan segera membetulkan kesilapannya. Seperti yang dapat dilihat dalam gambar waktu yang tertera dalam resit yang baru berjumlah RM1,465.70. 

Restoran makanan itu menjelaskan yang ianya hanyalah kesilapan kecil. Malah resit itu juga tertulis sudah dibatalkan. Salah seorang jurucakap restoran itu memberitahu: 

'Jika dilihat melalui waktu yang tertera di resit berkenaan, kesalahan tersebut telah dibetulkan. Kami berharap orang ramai tidak menyebarkan maklumat yang tidak tepat'. 

Untuk makluman, sesuatu perniagaan difitnah seperti mana apa yang berlaku kepada restoran makanan laut tersebut, perniagaan tersebut boleh menyaman mereka yang membuat cerita palsu atau fitnah. Oleh itu, berhati-hatilah apabila memuat naik sesuatu perkara walaupun ianya hanyalah sekeping gambar ataupun status kerana ianya boleh menjejaskan reputasi seseorang.

Akhirnya Suspek Kes Kematian Pelajar UPNM Didakwa Hari Ini..

by

SHAH ALAM: Sebahagian daripada 32 pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang ditahan reman berhubung siasatan kes kematian seorang penuntut universiti itu, akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, suspek terbabit akan didakwa kira-kira jam 10 pagi ini.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan berapa ramai yang akan didakwa.

"Reman seramai 32 pelajar UPNM tamat hari ini. Sebahagian daripada mereka akan dibawa ke Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini untuk didakwa," katanya dalam satu kenyataan ringkas, pagi ini.

Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun lalu, dipercayai akibat didera selepas dituduh mencuri komputer riba milik rakan.

Mangsa dilapor mengalami kesan melecur di bahagian dada, tangan dan kaki akibat ditekap dengan seterika wap yang dipercayai didera pada 20 dan 21 Mei lalu.

Sehubungan kes itu, seramai 36 suspek yang terdiri daripada 32 pelajar universiti itu dan empat penuntut Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) ditahan reman untuk membantu siasatan.

Pada 8 Jun lalu, keempat-empat pelajar UNITEN terbabit dibebaskan manakala perintah reman terhadap 32 penuntut UPNM disambung sehingga hari ini.

Sumber: Berita Harian 

'Nasib Baik Anak Aku Semua Menyusu Badan, Meragam Ke Apa, Tolak Jer Kat Bini, Settle'

by

Menjaga anak-anak adalah tanggungjawab bersama, bukannya hanya terletak pada bahu isteri sahaja. Tidak kiralah anak-anak itu sudah bersekolah, sebagai bapa masih perlu membantu isteri menjaga dan mendidik anak menjadi manusia yang berguna. 

Namun, hari ini ramai lelaki yang bergelar suami dan bapa hanya membiarkan isteri bersendirian menguruskan anak. Alasannya? Mereka bekerja mencari nafkah dan bila pulang ke rumah, kepenatan. Jauh di sudut hati isteri, pasti timbul rasa sedih mengapa suami tidak memahami pengorbanannya sedangkan anak-anak itu adalah tanggungjawab bersama. 

Semoga perkongsian dari Intan Dzulkefli ini membuka mata golongan lelaki bergelar suami dan bapa. 

PAGI itu kami sebenarnya sudah terlambat untuk check up Insyirah 4 bulan. Di klinik, orang sudah ramai hingga terpacak ramai bapa dan bakal bapa menunggu di luar. 

Nak melangkah masuk menuju ke kaunter, terdengar perbualan dua orang lelaki yang berbicara agak kuat. 

"Pening fikir sekarang belanja dapur. Susu anak-anak lagi. Duit susu saja dah cecah RM300 sebulan. Itu belum lagi pampers, snacks apa lagi semua," kata lelaki A. 

"Banyak tu duit susu. Nasib baik anak aku semua menyusu badan. Meragam ke apa, tolak jer kat bini aku, settle. Malam-malam aku pun cukup tidur sebab tak kacau nak main tolak-tolak siapa yang kena buat susu anak. Selamat," balas lelaki B yang berdiri di depan lelaki A tadi dengan raut wajahnya yang sungguh bangga. 

Sambil mendukung Insyirah marah, tak dapat menahan rasa sedih di hati ini bila mendengar pengakuan lelaki itu sendiri yang sudah bergelar suami. 

Saya cuma berharap lelaki B itu tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada isterinya kerana susah payah menyusukan semua anak-anaknya sehingga dia dapat cut cost hidup. Tak perlu susah-susah nak bancuh susu dan dodoikan anak mengamuk tidur. Dia cukup tidur dan rehat di malam hari kerana hanya isterinya yang perlu berjaga seorang diri menyusukan anak-anak mereka. 

Allah. 

Selalu sangat orang yang tak faham menganggap breastfeeding ini senang sangat. Sumbat saja nipple dalam mulut bayi, settle! Padahal the struggle is real. 

Teringat perkongsian seorang sahabat solehah suatu ketika dulu. 

"Seorang suami yang soleh, dia akan minta ihsan kepada isterinya. Bolehkah isteri tolong menyusukan anak-anaknya kerana tugas untuk menafkahi makan minum anak-anak adalah tanggungjawab seorang bapa. 

"Kalau sekiranya susu badan isteri tiada atau isteri enggan menyusukan anak, si bapa perlu mencari ibu susuannya atau menyediakan makanan gantian. Kalau zaman ini, kiranya susu formulalah." 

Ramai suami yang memahami dan menyokong penyusuan anak-anak, Alhamdulillah. Namun, masih ramai yang juga suami hari ini terlupa tentang kenyataan ini dan meletakkan sepenuhnya urusan dan tanggungjawab menyusukan anak-anak di bahu isteri. Allah. 

Tidak tahulah tetapi saya rasa dah semacam memang tahap wajib untuk modul kursus kahwin diperbaiki dan diperbaharui. Amat perlu adakan kursus ilmiah tentang isteri mengandung, sakit beranak, bersalin dan menyusu. Berhenti segala gurauan yang tidak sepatutnya tentang seks dan entah apa-apa yang membuatkan audiens meluat. 

Memang perlu ingat mengingatkan bakal suami dan bapa tentang segala fakta perubahan fasa bagi seorang isteri ini. Untuk mengelakkan lebih ramai suami yang ignorant dan selfish membiak seperti cendawan tumbuh selepas hujan. 

Wallahu a'lam. - Intan Dzulkefli

Sumber: The Reporter

Niat Nak Tolong Peniaga Bazar, Tapi Wanita Ini Dicerca Gemuk & Pelahap

by

SIAPA tak panas hati kan, dalam niat nak menolong peniaga bazar ramadan, tiba-tiba diejek gemuk dan pelahap oleh orang yang meniaga tu..

Situasi ini terjadi pada seorang netizen Innanie Ariffin yang berkongsi cerita di laman Facebook, bila mana dia diejek gemuk dan pelahap oleh peniaga kebab di sebuah bazar baru-baru ini.

Menurut Innanie, tujuannya cuma satu iaitu ingin membantu peniaga kebab tersebut yang dilihatnya tidak mempunyai seorang pelanggan pun yang singgah ke gerainya sepanjang pengamatannya di bazar tersebut.

Baca kisah Innanie seperti yang dikongsikannya ni…



Sebagai peniaga, walaupun mungkin anda cuma bergurau tapi tak semua pelanggan boleh menerima gurauan kasar macam yang dikatakan terhadap wanita tersebut.

Kan dah tak pasal-pasal kurang seorang pelanggan berpotensi yang boleh memberikan keuntungan kat gerai anda sendiri.

Yang penting kedua-dua peniaga dan pelanggan perlulah saling hormat-menghormati dan tahu adab dan etika dalam berjualan agar perkara sebegini tidak berulang di lain hari. 

Sumber: MYNEWSHUB.CC

"Semalam Tayar Moto Pecah,Tolak Moto Dari 12 Malam Sampai 4 Pagi," Kisah Menyentuh Hati Mak Cik Penjual Rebung Sara 3 Anak OKU

by

Setiap ibu bapa mesti mahukan yang terbaik untuk anak mereka, walaupun mereka hidup dalam keadaan susah, tapi ada sahaja ikhtiar yang akan dilakukan oleh mereka demi mencari wang untkuk menyara anak atau cuba memenuhi permintaan anak-naka kesayangan mereka.

Itulah yang berlaku kepada seorang Mak Cik penjual rebung, beliau dilihat sanggup berkorban mencari rebung sendiri di hutan dan dijual di bandar untuk menyara tiga orang anaknya yang kesemuanya merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Kisah Mak Cik penjual rebun ini telah dimautnaik oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang telah terserempak dengan anak mak cik itu sebelum membawanya bertemu ibu yang sedang berniaga.

Jom kita baca.


Kesungguhan Mak Cik Penjual Rebong

Ketika jam hampir 12 malam, mak cik ini masih di kaki lima menjual rebong dan beberapa jenis makanan segera. Mula-mula saya bertemu anaknya yang masih kecil berniaga di hadapan KFC Kangar tadi. Dia anak istimewa. Dia memberitahu ibunya juga berniaga di sana. Saya mencari ibunya. Saya dapati wanita yang sudah berusia berniaga di kaki lima.

Saya bertanya: Adakah mak cik mendapat bantuan zakat? Dia menjawab: Ya! Mak cik ada terima zakat secara bulanan dan bantuan Badan Kebajikan juga. Cumanya mak cik tidak mahu duduk sahaja sebab ada tanggungjawab tiga anak OKU di rumah.

Saya lihat beliau menjual sekarong rebung yang dimasukkan dalam bungkusan-bungkusan kecil. Agak banyak dan berat. Saya bertanya: "Dari mana modal mak cik ambil untuk berniaga?" Dia menjawab: "Mak cik cari dan potong sendiri dari hutan". 


Saya sedih mendengar kesungguhan beliau berusaha agar tidak meminta-minta. Itulah kemuliaan dan itulah ibadah yang hebat.

Saya hulurkan sedikit sumbangan kemudian saya membeli kesemua rebung beliau sebagai tanda sokongan kepadanya. Hampir 40 bungkus rebong beliau. Saya bukan penggemar rebung. Namun saya pasti pagi esok saya akan cari masjid yang sudi terima semua rebung ini untuk dibuat menu berbuka puasa.


Sebelum saya dan keluarga beredar, saya tanya beliau: "Mak Cik tinggal di mana?"Jawabnya: "Di Chuping". Saya tanya lagi: "Macam mana semua barang ini dibawa ke sini?"Dia menunjukkan motosikalnya yang uzur. Dia beritahu semalam tayar motorsikalnya pecah, dia terpaksa menolak motorsikal itu sehingga ke rumah. Dari jam 12 malam, jam 4 pagi baru sampai rumah. Amat sedih saya mendengar.

Sebelum saya masuk ke kereta saya tanya lagi: Mak cik tahu pejabat MAIPs di mana? Dia agak terpinga-pinga. Saya tanya lagi: Mak Cik tahu pejabat zakat kat mana? Dia jawab: Tahu! Saya kata kepadanya: "Di situlah pejabat MAIPs. Esok pergi ke situ bagitahu kat kaunter tu mufti suruh mak cik mohon zakat tambahan". Dia mengangguk. 

Orang sepertinya yang kuat berusaha tidak duduk saja layak ditambah peruntukan bantuan. In sha Allah MAIPs akan menambahkan bantuan untuknya.

Saya beredar dalam jiwa yang sedih. Semoga Allah ampuni saya dan segala dosa serta kelemahan saya. Semoga Allah memberikan rezeki kepadanya yang banyak. Melihat kepada kesusahan dan kesungguhan orang yang seperti ini, menjadikan kita insaf betapa kita tidak cukup bersyukur kepada Allah atas segala kurniaanNYA dan betapa sedikitnya ujian yang kita terima. 

Sumber: Siakapkeli

Bayi Melecur Teruk Ditangan, Kalung Gelang Tangan Dipakainya Termasuk Dalam Lubang Soket Elektrik Ketika Merangkak

by

Sejak beberapa hari lalu menjadi tular di laman sosial beberapa keping gambar yang dimuatnaik oleh pengguna Facebook bernama Kittisak Chimmanee, menunjukkan pergelangan seorang kanak-kanak telah mengalami kecederaan teruk akibat terkena renjatan elektrik.

Kejadian yang dilaporkan berlaku di Songkhla, Thailand itu dipercayai terjadi apabila loket gelang tangan kanak-kanak malang itu telah termasuk ke dalam lubang soket elektik.


Bayi itu dikatakan telah merangkak melalui 'extension' berkenaan iaitu kedudukan loket betul-betul lubang soket menyebabkan renjatan elektrik berlaku.

Memetik tulisan portal Amarin Baby & Kids, bayi berkenaan bagaimana agak bernasib baik kerana kejadian itu tidak meragut nyawanya walaupun luka terbakar yang dialaminya agak teruk.

Kes ini sebagai satu iktibar supaya ibu bapa lebih berhati-hati, jangan pakaikan gelang yang mempunyai kalung halus yang terlalu panjang bagi mengelakkan kejadian seperti ini terjadi.

Walaupun keadaan soket dilihat berbeza dan tahap keselamatan soket di Malaysia mungkin lebih selamat, tetapi beringatlah, mana tahu lama-lama pakai 'extension' yang kita guna itu rosak dan boleh mengundang kejadian tidak diingin ini terjadi. 

Sumber: Siakapkeli

Suami Komplen Isteri Tak Cantik , Anak Tak Comel . Mana Taknya Dah Beranak 6 !

by

Komplen isteri tak cantik,anak tak comel seperti tidak bersyukur dengan pemberian Allah . Insaflah .

Yang ini kisah lain dari member

Nama aku shaii nak minta pendpt tapi jgnlah kondem habis k. Aku seorg lelaki yg good looking mmg boleh tahan jgla orgnya. Tapi isteri aku ni tak cantik. kami punya anak dah nak 6 org setakat ni tapi semuanya anak2 tiada yg comel atau cantik/hensem. Bukan nak hina ciptaan Allah. Tapi hati tu terdetik knp anak2 sikit pun tiada rupa.. mungkin sbb ibunya?? Hmmm aku jeles bila tgk member2 lain duk post gmbr anak2 kat fb yg comel2. 

Rasa sgt2 bersalah sebab aku jadi tak suka post gmbr anak kat fb. Apa lg nak upload gmbr isteri. Aku cuba nak terima kenyataan jg tapi hati manusia ni byk sgt nak fikir. jadi sebenarnya penting jg kahwin dgn org yg ada rupa ni kan...??? mungkin sb aku terlalu di puji org hingga mnjd riak. Dan semua mesti perpect tapi Allah tak bagi. Dugaan apa ka ini. Paling sedih bila nak ke majlis2 member tnya anak ka bro?? Tak serupa pun. Aku dah faham dan masak ayat tu. Tapi bila aku jln dgn wife pulak org tak tanya sb dah nmpk muka bini tu mcm muka anak. 

Hmmmm. Bini aku ni pun satu hal dah tau diri tu tak cantik berabis pulak nak cantikkn diri sampaikn makeup nya mcm donut bertepung. Hakikatnya org cantik jg yg terbaik kan sb tiada effort utk kelihatan cantik kan. Jadi mcm mn ni?

Antara komen dari netizen yang mana lebih menyifatkan cinta lelaki itu hanya pada paras rupa 


Sumber : KRT

Sungguh Hebat!! Tanaman Ini Boleh Membantu Menyembuhkan 13 Penyakit Ini

by

Jika Anda menjumpai tanaman ini, mungkin saja Anda akan beranggapan ia hanya tanaman gulma pengganggu yg tidak berguna. Tetapi tidaklah Tuhan bikin satu hal kecuali ada manfaatnya. Sebenarnya Patikan Kebo mempunyai manfaat obat herbal yang menakjubkan. .

Hebatnya, Menurut riset yang sudah dikerjakan beberapa pakar sudah dilaporkan apabila ekstrak etanol Patikan Kebo mempunyai aktivitas antimikroba paling tinggi pada baktieri Salmonella typhi yakni bakteri pemicunya penyakit Tifus. Sedang Ekstrak daun, batang, bunga serta akar Patikan Kebo mempunyai aktivitas antioksidan dengan urutan aktivitas anti-oksidan paling tinggi yaitu daun, bunga, akar serta batang.

Riset yang lain juga membuka apabila ekstrak daun Patikan Kebo mempunyai aktivitas larv4sida serta pupisida pada vektor nyamuk malaria Anopheles stephensi. Melalui langkah turun temurun biasanya Patikan Kebo dipakai untuk mengobati sakit Asma serta persoalan pandangan, obat batuk serta sariawan.

Di Nigeria tanaman ini umum dipakai untuk mengobati luka. Juga dipakai untuk pengobatan penyakit karena mikroba seperti gonorhea serta dis3ntri.

Langkah Menggunakan Patikan Kebo untuk mengobati penyakit seperti :

1. Menyembuhkan Influenza
Daun Patikan Kebo 1/2 genggam dicuci lantas di rebus dengan air bersih sebagian 3 gelas sampai tersisa 3/4 nya. Dinginkan lantas saring. tambahkan madu seadanya diminium 2 kali satu hari.

2. Menyembuhkan Bronchitis
Daun Patikan Kebo 1/3 genggam bersihkan bersih lantas giling halus, tambahkan air masak 3/4 cangkir serta madu 1 sdm, peras serta saring airnya diminum 2 kali satu hari.

3. Menyembuhkan Batuk
20 gr daun fresh Patikan Kebo di rebus dengan 2 gelas air selama 15 menit, lantas saring serta diminum satu hari 2 x semasing 1/2 gelas.

4. Menyembuhkan Disentri
Patikan Kebo 1525 gr ditambah gula pasir (bila berd4rah) atau gula enau (bila berl3ndir), lebih air sekedarnya lalu di tim kurang lebih 15 menit. Lantas diminum.

5. Menyembuhkan kencing tidak lancar
Tanaman fresh Patikan Kebo tambahkan air sekedarnya, di rebus. Untuk diminum 2 kali satu hari.

6. Menyembuhkan bisul atau Abses
Patikan Kebo fresh 60 gr ditambah 120 gr tahu putih ditim 15 menit lalu dikonsumsi.

7. Menyembuhkan Thypus abdominalis
Herba fresh 30150 gr di rebus dengan air sekedarnya diminum 3 kali satu hari.

8. Menyembuhkan Radang ginjal
Patikan Kebo kering 69 gr atau 3060 gr yang fresh di rebus, lantas diminum.

9. Menyembuhkan Eksim
Herba fresh 90 gr ditambah 1/2 liter alk”0h0l 70% di rendam 35 hari, untuk bersihkan eksim.

10. Menyembuhkan radang tenggorok
Daun seadanya diseduh dengan air panas, digunakan untuk kumur waktu hangat.

11. Menyembuhkan Asma
1 genggam Patikan Kebo kering di rebus dengan 23 gelas air sampai mendidih, saring serta diminum 2kali satu hari 1/2 gelas pagi serta sore hari

12. Menyembuhkan radang payudara
Satu genggam daun patikan Kebo serta 2 sendok makan kedelai di rebus dengan 35 gelas air sampai mendidih. Dinginkan disaring, diminum 2 kali satu hari 1 cangkir.

13. Menyembuhkan mata merah
Teteska getah tanaman Patikan Kebo pada mata yang mer4h 2 kali satu hari sampai sembuh.

Mudah mudahan informasi ini bermanfaat, mohon di berbagi ke rekan-rekan yang lain supaya mereka mengetahuinya.

Budak Tiga Tahun Diberi Dadah Oleh Teman Lelaki IBU Kandungnya..

by

SEORANG nenek dari Havard Estate Bahagian 2, Gurun, terkejut apabila melihat tujuh video memaparkan cucu lelakinya berusia tiga tahun dipercayai diberi dadah oleh teman lelaki bekas menantunya, kelmarin.

Wanita berusia 53 tahun itu (pengadu) melihat rakaman video itu jam 3 petang, kelmarin, selepas ditunjukkan oleh seorang lagi cucunya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, video berkenaan antaranya memaparkan cucu pengadu diberikan dadah oleh suspek dan dalam keadaan tidak berbaju, khayal serta tidak bermaya.

Katanya, polis melakukan siasatan kes itu mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001, susulan laporan dibuat wanita itu petang semalam.

"Kanak-kanak itu tinggal bersama ibu kandungnya dan teman lelaki ibunya. Pengadu bimbang mengenai keselamatan cucunya selepas melihat video berkenaan tular di Facebook.

"Anak pengadu bercerai dengan ibu mangsa pada 2016 selepas menantunya ditangkap bersama suspek.

"Ibu mangsa pernah bercinta dengan suspek sebelum berkahwin dengan anak pengadu," katanya.

Mior Faridalathrash berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci kesahihan video berkenaan, selain pengadu sendiri tidak pasti kejadian itu benar berlaku atau sebaliknya.

"Pengadu juga ingin menuntut kembali hak penjagaan ke atas cucunya kerana merasai cucunya diabaikan.

"Polis sudah mengenal pasti suspek dan tindakan mengesan dan menangkap suspek serta menyelamatkan mangsa sedang dijalankan," katanya.

Sumber: Harian Metro

Pernah Tak Kita Terfikir Kenapa Janin Hasil Anak Luar Nikah Kuat Dan Mudah Dilahirkan ??

by

Pasti banyak yang bertanya-tanya kenapa perjalanan wanita yang mengandung anak di luar nikah lebih mudah jika di bandingkan dengan wanita yang telah menikah.

Jika diperhatikan selama di dalam periode kehamilan, tidak banyak orang yang akan melihat perubahan fisik wanita yang belum menikah jika dibandingkan dengan yang telah menikah hingga saat proses bersalin di mana. 

Rata-ratanya wanita yang belum menikah ini dapat bersalin dengan mudahnya di lokasi manapun tanpa bantuan siapapun. Aneh bukan ?

Ternyata, ketakutan yang amat sangat membuat seorang gadis dapat melahirkan anaknya dengan mudah. Mulai dari hubungan yang salah, ketika hamil tidak timbul kesusahan sebagaimana wanita-wanita biasa ketika sedang hamil. 

Allah mencabut rasa kesusahan itu sehingga tidak mendapatkan pahala sebagaimana wanita-wanita lain yang bersusah payah ketika hamil hasil pernikahan yang sah.

Kadang-kadang, tanda-tanda sebagai orang hamil juga tidak terlihat. Perutnya tidak terlihat besar, dapat pula berjalan dengan gagahnya. Kadang, bisa pergi ke sekolah dan membuat kegiatan lapangan sebagaimana siswa lainnya, sedangkan sebenarnya sedang mengandung. Itu satu lagi nikmat yang dicabut oleh Allah Ta'ala.

Kemudian ketika melahirkan nanti, mudah saja anak itu keluar. Maka, pahala sakit karena melahirkan anak itu telah diangkat darinya. Wanita biasa, pada keadaan begini harus dibantu oleh bidan yang terampil, itu pun susah dan sakit untuk melahirkan anak, tetapi wanita yang telah berzina itu mudah saja.

Setelah anak itu lahir, mereka bunuh agar tidak meninggalkan jejak. Mengapa sampai begitu kejam? Karena perasaan kasih sayang sudah dicabut juga darinya.

Jadi, kepada semua gadis, jangan mendekati zina. Sebaik apapun seorang laki-laki kepadamu, jangan kamu serahkan diri kamu dengan cara yang salah. Kamu akan dihantui perasaan bersalah seumur hidup kamu.

Mari kita bantu share tulisan ini agar para gadis yang belum menikah dapat merenungkan.

Sumber Info Via Syarifudin

Tips Mendapatkan Rahim & Faraj Yang Sihat. Wanita Wajib Baca Ni, Jom Sebarkan!

by

Post kali ini khas untuk kaum HAWA!! Tolong jangan ketawa yer!!

1. Mandi serum

Adalalah mandi herba. Biasanya mandian ini dilakukan oleh wanita dalam pantang. Tapi bagi yang bukan dalam pantang pun digalakkan untuk buat. Lebih lagi bagi yang jenis banyak angin kuss kuss tu.

Maka daun2 yang terpilih akan dikutip dan direbus untuk dibuat mandian. Antara daunnya adalah:

Daun pandan
Daun limau purut
Daun serai wangi
Daun mengkudu
Daun kunyit
Halia
Haissshh banyak lagi boleh ditambah.

Selain bertujuan untuk buang angin khasiat dari rebusan daun tersebut mampu melancarkan perjalanan darah serta memberi khasiat pada kulit. Glowing2 gitu.

Mandi serum paling simple yang boleh dilakukan adalah dari bahan dapur anda sendiri iaitu halia, halba, kunyit dan pandan. Nak tau best atau tak? Cuba dan rasakannya sendiri. Ala2 spa tradisional gitu.

2. Bertangas

Ni tak ramai juga yang amalkan. Mungkin merasakan aktiviti tangas ni agak leceh. Sebenarnya senang je, wapkan saja faraj anda dengan wap dari bahan tangas selama 20-30min.

Tangas ada dua. Tangas kering dan tangas basah. Tangas basah sesuai bagi yang mengalami masalah faraj kering dan sesuai juga bagi wanita yang pre monopos. Caranya adalah dengan merebus herba tangas dan wap rebusan di halakan pada faraj.

Tangas kering. Perlu ada batu tungku. Herba tangas yang dihancurkan diletakkan di atas batu tungku yang telah dipanaskan lalu wap dari batu tungku itu perlu di halakan pada faraj.

Jangan tak tahu. Ini adalah amalan orang dulu2 untuk mendapatkan keadaan faraj yang bersifat ummphh.

Segala mak nenek toksin akan keluar dari faraj kita melalui peluh yang keluar ketika proses bertangas.

Bahan paling simple untuk tangas basah adalah sirih+ manjakani
Tangas kering pula manjakani+ kunyit+halia+ halba+ perahan limau

Alaa..barang kat dapur je kan?

3. Rendaman faraj.

Maksudnya faraj perlu direndam dalam air rebusan herba. Antara bahannya adalah garam bukit+sirih+ manjakani.

Tunggu air tu suam. Jangan direndam pula faraj tu masa air tengah berasap. Lain pula jadi karang.
Rendaman faraj dan tangas ni sesuai bagi wanita yang inginkan kebebasan dari masalah keputihan serta boleh merawat masalah buasir. Untuk mendapatkan aset yang bagus digalakkan untuk melakukan kedua aktiviti ini.

4. Meruang.

Bagi saya ini kalau tak buat memang menempah masalah. Umpama longkang yang tak dibersihkan. Akan tersumbat. Begitu jugalah keadaan dalam lubang faraj kita yang tak pernah meruang. Sisa air mani dan sisa haid/keputihan akan menempel di dinding faraj. Lama2 timbul lah lendir yang berbau dan menyebabkan kegatalan.

Meruang ni adalah aktiviti membersihkan lubang faraj menggunakan jari telunjuk yang bersih dan berkuku tumpul.

Banyak kebaikkan dari meruang ni.

Nak tahu rahim jatuh atau x meruanglah

Nak tahu faraj grip atau tak meruanglah

Nak tahu dah boleh mandi wajib ke belum, meruang juga lah..

Rasa- rasa semua cara di atas perlukan pelaburan wang yang banyak atau tak?

Ini sebenarnya adalah antara cara untuk mendapatkan keadaan faraj dan rahim yang sihat secara luaran. InsyaAllah.

Antara rajin atau tidak sahaja

Antara mahu atau tidak sahaja

Tiada siapa memaksa

Nak lebih usaha perlu lebih

Tapi apa pun berjamu untuk dalaman jangan lupa. Itu perlu ya. InsyaAllah!!

Pemandu Uber Hadapi Tuduhan Cabul Penumpang Wanita Vietnam

by

ANGGOTA polis mengiringi seorang pemandu Uber berusia 30 tahun ke Mahkamah Georgetown untuk dituduh berikutan kejadian seorang wanita warga Vietnam yang mendakwa dicabul pemandu Uber dalam kejadian di Lintang Paya Terubong baru baru ini.

GEORGETOWN: Seorang pemandu Uber mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini, atas tuduhan mencabul seorang penumpang wanita Vietnam, pada minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Sukri Ramli, 30, membuat pengakuan itu selepas tuduhan dibacakan di depan Majistret Catherine Nicholas.

Muhammad Sukri dituduh menggunakan kekerasan terhadap Tran Thi Thu Thuan, 43, dengan maksud untuk mencabulnya ketika membawa wanita itu dari Lintang Paya Terubong ke Jalan Argyll di sini, pada jam 3.56 petang, 6 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Catherine membenarkan tertuduh dijamin RM6,000 berserta seorang penjamin selain menetapkan 18 Julai ini sebutan semula kes.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzah Sharuddin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber: Berita Harian

Iftar GAY Terbesar Malaysia – Numan Afifi

by

Bangsar, Kuala Lumpur: Pelangi Campaign yang diketuai Ketua Organisasi DAPSY Subang, saudara Numan Afifi, telah mengadakan satu majlis berbuka puasa di kalangan pendukung gerakan LGBT negara pada 10 Jun baru-baru ini. Maklumat daripada peserta yang hadir di majlis ini memberitahu bahawa program buka puasa beramai-ramai ini telah diadakan di pejabat Loyar Burok, Bangsar.

Beliau yang juga alumni Sekolah Demokrasi tajaan Parti DAP, nyata teruja dengan kehadiran ramai pendukung gerakan LGBT tempatan. Beliau turut menyatakan rasa bangga dengan majlis Iftar Gay yang telah berjaya dijalankan.

Program memperlihatkan kehadiran ramai aktivis serta penyokong LGBT tempatan. Antara pendukung gerakan ini yang hadir untuk menyerikan majlis ini adalah mantan pengurus program Sisters in Islam, Suri Kempe, Dorian Wilde dan Nisha Ayub dari Justice For Sisters.

Secara umumnya kesemua hadirin yang hadir bersetuju bahawa perjuangan LGBT di Malaysia telah bertambah kuat dan semakin kukuh dengan kehadiran bersama sekutu-sekutu dalam gerakan ini.

Dari kiri : Numan Afifi, Nisya Ayub, Suri Kempe & Dorian Wilde

Dorian Wilde yang juga Presiden Transmen of Malaysia menyatakan gerakan LGBT di Malaysia semakin kuat, dan tidak lama lagi semua akan diberikan hak masing-masing (merujuk kepada tuntutan puak LGBT).

“Saya ingin berterima kasih kepada sekutu-sekutu kami. Tidak lama lagi semua akan diberikan hak masing-masing. Paksi kita telah berkembang dengan banyaknya,” ujar Dorian Wilde.

“Pergerakan telah berkembang dengan banyaknya, kehadiran anda semua di sini adalah sesuatu yang menakjubkan,” kata Suri Kempe.

“Anda adalah masa depan negara, jangan biarkan kehidupan anda dikawal oleh ‘kata-kata’,” tegas Nisha Ayub pula.

Upacara berbuka puasa yang dihadiri oleh pendukung agenda LGBT

Program ini juga menyajikan tayangan filem berlatar belakangkan perjuangan gay, bertajuk Pride dan bacaan puisi yang bertajuk “Halal/Haram” oleh Catherine Brogan yang berasal dari Ireland.

Tujuan program ini adalah untuk mengingati pengamal LGBT yang terkorban di sebuah kelab malam di Orlando, Amerika Syarikat pada 29 Jun tahun lalu. Demikian itu tajuk forum adalah “Remembering Orlando: Courage in the Face of Adversity”, atau Bahasa Melayunya, ‘Memperingati Orlando: Keberanian Berdepan Dugaan’.

Sumber: www.menara.my

Monday, June 12, 2017

Muslimah Boleh Kahwin Kafir – Prof Siti Musdah Mulia

by

Putrajaya: Tidak perlu untuk menganut Islam sekiranya agama tersebut tidak membuahkan ketenangan jiwa, dan perbuatan seks sumbang sesama jantina adalah halal menurut al-Quran, dakwa Profesor Dr Siti Musdah Mulia. Prinsip Islam itu sendiri adalah ‘rahmatan lil alamin’ (rahmat untuk seluruh alam), menurutnya lagi.

Profesor Universiti Islam Negeri (UIN) Jakarta itu menerangkan bahawa perbuatan seks sumbang sejenis adalah tidak haram, asalkan dilakukan dengan penuh kasih sayang dan rasa tanggungjawab.

Tokoh yang dikagumi oleh ramai di Malaysia itu berkata, “Sekiranya orang gay melakukan perhubungan seks dan melakukannya dengan perasaan cinta dan tanggungjawab, apa yang salahnya tentang itu? Quran lebih menekankan mengenai pelakuan.”

“Apa yang haram ialah perbuatan seks yang tidak bertanggungjawab, yang menyakitkan orang dan membuat orang sakit atau terseksa, tidak kisah mana-mana orientasi seks,” katanya lagi.

Tegasnya, “Tidak ada apa-apa kesalahan untuk menjadi Muslim gay. Terdapat sekumpulan Muslimah lesbian di Jawa Barat — ahli-ahlinya kerap melakukan solat berjemaah dan bersedekah kepada anak-anak yatim. Mereka lebih Sufi dari orang-orang lain. Cuma Tuhan yang berhak untuk menentukan orang itu bersalah atau tidak, beriman atau tidak.”

Beliau juga mendakwa kaum Muslimah berhak untuk mengahwini pasangan yang kafir, kerana terdapat khilaf ulama berkenaan perkara tersebut. Lagipun, keseluruhan hukum fiqh dalam perkahwinan hanyalah ciptaan manusia, dakwanya lagi.

Beliau berkata, “Dengan proses globalisasi, tidak dapat dielakkan untuk manusia lebih mudah berhubung dengan sesama sendiri. Mengapa ianya diharamkan sedangkan ulama sendiri ada pandangan yang berbeza mengenai isu tersebut?”

“Saya beritahu mereka bahawa keseluruhan hukum fiqh mengenai perkahwinan adalah rekaan manusia, tidak ada satu pun daripadanya bersumberkan faks dari syurga. Kenapa perlu takut? Tuhan tidak akan marah, Dia sungguh bijaksana,” katanya lagi.

Apabila ditanya tentang keperluan untuk beragama memandangkan agama Islam amat bersifat kontekstual, beliau menjawab, “Itu bergantung kepada individu tersebut. Sekiranya lelaki tersebut atau perempuan tersebut menganggap bahawa agama tidak membawa ketenangan kepada jiwa, lalu tidak ada gunanya untuk mempunyai agama. Ikut sahaja nurani kamu, serius.”

Sedar akan penentangan majoriti umat Islam terhadap pemikirannya itu, beliau mendesak campur tangan pihak kerajaan untuk mengharamkan ajaran Islam yang menjadi anutan mereka dan hanya menggunakan Islam versinya sahaja, yang sesuai dengan prinsip ‘rahmatan lil alamin’.

“Pihak kerajaan sepatutnya mengambil pendirian tegas dan berkata bahawa ajaran agama yang hanya boleh diterima di negara ini adalah yang sesuai dengan prinsip-prinsip demokrasi, Pancasila (dasar falsafah negara) dan prinsip Islam sebagai ‘rahmatan lil alamin’ — rahmat kepada semua manusia. Itulah. Kenapa takut?” tegas beliau.

Sumber: www.menara.my

Top Ad 728x90