Top Ad 728x90

Thursday, July 27, 2017

'Saya Tak Guna Sebarang Produk Ubatan Luar' - Mawar Nafi Guna Krim Calit² Terus Mengandung

by

PUTRAJAYA - Susulan viralnya screenshot laman Ikhtiar Hamil Krim Progesterone yang mendakwa, pasangan selebriti juga turut menggunakan krim calit-calit terus mengandung, selebriti berkenaan tampil menafikan dakwaan itu. 

Mawar Abdul Karim berkata, peniaga krim berkenaan bukan sahaja tidak meminta kebenaran untuk menggunakan namanya, tetapi juga memfitnahnya semata-mata mahu melariskan produk krim calit-calit terus mengandung. 

"Tak baiklah mereka cerita yang tak betul ini. Janganlah nak gunakan nama kami untuk kepentingan anda berniaga. 

"Sudahlah tak minta kebenaran kami, kata kami guna produk anda. Malah anda telah menipu pelanggan yang tidak bersalah dan menganiaya orang. 

"Jadi kepada pelanggan semua, kami tidak menggunakan sebarang produk ubatan luar kecuali treatment dengan doktor sahaja," jelas kenyataannya di laman Instagram, semalam. 

Orang ramai dinasihatkan tidak mencuba sebarang produk yang tidak diketahui sama ada kandungannya selamat atau sebaliknya.

Bagi wanita yang mempunyai masalah sukar hamil atau berkaitan kesuburan dinasihatkan untuk berjumpa dan mendapatkan nasihat dari Pakar Sakit Puan. Bukannya bertanya pada peniaga yang tidak mempunyai tauliah yang rata-rata hanya mahu melariskan jualan produk dan keuntungan, tanpa memikirkan kesan dan akibatnya yang berlaku kepada pengguna.

Sumber: The Reporter

7 Penyakit Yang Boleh Sembuh Dengan Hanya Berjalan Kaki

by

Jika anda selama ini malas untuk berjalan, fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan WANG.

Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut, dipetik dari laman IIUM, di bawah adalah 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan :-

1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.

Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.

Tidak banyak cara di luar dapat mengubati seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.

2. Stroke :Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.

3. Membakar Lemak :Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.

4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.

5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).

Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.

6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya menyebabkan otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.

Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.

7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).

Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.

Fadhilat Membaca Surah Yaasin Setiap Pagi

by

Surah Yaasin (سورة يس) adalah surah ke-36 dalam Al Quran. Surah ini terdiri atas 83 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah serta diturunkan selepas surah Aj-jin. Dinamakan Yaasin kerana dimulaikan dengan huruf Ya – sin. Sebagaimana halnya erti huruf-huruf abjad yang terletak pada permulaan beberapa surah Al Quran yang lain, maka demikian pula ertinya Yaasin yang terdapat pada permulaan ayat surah ini, iaitu Allah mengisyaratkan bahawa sesudah huruf tersebut akan dikemukakan hal-hal yang penting antara lain: Allah bersumpah dengan Al Quran bahawa Muhammad SAW benar-benar seorang rasul yang diutus-Nya kepada kaum yang belum pernah diutus kepada mereka rasul-rasul.

Mengikut sebuah hadis, Surah Yassin dinamakan Mub’mah (pemberi berita baik) di dalam kitab Taurat kerana ia mengandungi manafa’at kepada pembacanya dikehidupan dunia juga akhirat, seperti menghindari penderitaan dunia akhirat dan juga menjauhkan kedahsyatan kehidupan akhirat. Surah ini juga dikenali sebagai ‘Rafi’ah Khafidah’, iaitu yang mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan menurunkan darjat orang-orang yang ingkar (tidak beriman). Seelok-eloknya membaca Surah Yaasin selepas solat Dhuha. InsyaAllah akan terbuka seluas-luasnya peluang dan rezeki berlimpah luah.

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin , ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

Antara kelebihan-kelebihan daripada surah Yassin yang disebutkan di dalam banyak hadis. Antaranya:

Rasulullah SAW bersabda;

1. “Sesiapa yang membaca Surah Yassin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi“.

2. “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Surah Yassin.”

3. “ Sesiapa membaca Surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al-Quran sebanyak 10 kali.”

4. “Sesiapa yang membaca Surah Yassin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca ke atas orang yang mati.”

5. “Jika seseorang itu membaca Surah Yassin pada setiap malam dan kemudiannya meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid.”

6. Maqri rahmatullah ‘alaih berkata, “Jikalau Surah Yassin dibaca oleh seorang yang takut pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan akan ketakutan itu.”

7. “Jikalau seseorang itu membaca Surah Yassin dan Surah Was-Saffat pada hari Jumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima.”

8. “Apabila datang ajal orang yang suka membaca Surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya”.

(VIDEO) "Doktor Telah Lakukan Semampu Mereka, Hanya Tuhan Yang Boleh Tolong Kami," Dua Rakyat Malaysia Cedera Parah

by

Dua rakyat Malaysia yang bekerja di Lapangan Terbang Changi, Singapura sebagai pegawai keselamatan cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Seletar (SLE) sekitar pukul 10.30 pagi.

Mangsa, Danny Raj Muniappan, 24 dan R.L Trivikram, 21, dalam perjalanan pulang ke rumah sewa mereka di Johor Bahru sebelum merempuh belakang sebuah kereta rosak yang berhenti di lorong kanan lebuh raya.

Video menunjukkan motosikal yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah kereta yang menyalakan lampu kecemasan menyebabkan penunggang terhentak kemudian terhenyak di bahagian belakang kereta tersebut.


Sementara itu, pembonceng, Trivikram, terlihat melambung di udara dan tercampak beberapa meter kehadapan.

Kedua mangsa mengalami cedera parah dan dikerjarkan ke Hospital Khoo Teck Puat lapor The Star Online.

Bapa kepada Danny, Muniappan Govindaraju berkata anaknya mengalami cedera parah dimana lengan kiri, kaki kirinya patah dnn masih belum sedarkan diri.

Trivikram mengalami tulang pinggul retak dan patah kaki. Mangsa sudah sedarkan diri tapi masih belum mampu bercakap.

"Doktor sedang melakukan semampu mereka, hanya tuhan yang boleh tolong kami sekarang," ujar Govindaraju yang masih belum dapat menerima hakikat anaknya terlibat dalam kemalangan.

Polis masih menjalankan siasatan atas kes ini.

Sumber: Siakapkeli

Aksi Peluk Syafiq Kyle Dan Hannah Delisha Dikecam

by

Drama bersiri Mencintaimu Mr. Photographer yang sedang ditayangkan kini nampaknya semakin hangat apabila ramai yang ternanti-nanti setiap episod yang bakal ditayangkan.

Namun terkini, ada pula penonton yang sudah mula marah dengan aksi lakonan hero serta heroin drama ini yang kelihatan terlalu mesra dan berpelukan.

Menerusi perkongsian video teaser drama ini oleh penerbit drama ini, Datuk David Teo di akaun Instagramnya, rata-rata pengikutnya mula mengecam aksi-aksi mesra Syafiq dan Hannah di ruangan komen.

A post shared by David Teo (@davidteo99) on

Antara komen yang ditinggalkan oleh pengikutnya,

myumihana: Mula2 layan juga cerita ni tp bila ada adegan2 mcm ni tak perlah..tutup tv..sayang ada bakat tp knp tak tegas dlm pendirian..jgn ambil mudah.

ndyna84.n8: Adegan yg x sesuai.Jgnla bawa benda2 mcm ni masuk malaysia.romantik trlebih2.bukan budaya kita dan dlm agama pun

17.fatihah: Bila ade adegan peluk peluk terus tukar channel lain. Hahaha. Sbb malu nak tengok scene macamtu. Maklumlah saya budak sekolah lagi. Hahah. Buat zina mata je tengok cite adegan macamni.

syift_: Srius cite ni mula2 mcm best. Pastu tetiba berpegang pegang, peluk peluk., dah jadi nyampah dah nk tengok. Ingat la sikit kita ni beragama islam. Hmm saya harap kita semua dapat hidayah dari Allah swt dan menuju ke jalan yg benar. Ingatlah mati. Ingatlah kubur. Ingatlah akhirat. Kbai

Walau bagaimanapun ada juga yang mempertahankan aksi lakonan dua pelakon ini hanyalah sekadar untuk memantapkan lakonan mereka.

thaiimay: Awat cta mmp ni smua duk kecam.. Bnyk lagi dasyat crta len xkcoh punn..ak ska cta ni! Yg skit mata toksah tgk.. Tu nm nya brlakon bngok.. Dh nm somi istri sah lah nk buat apa pun mndlami watok nmnya tuu.. Lahaii..

Apa pun masing-masing mempunyai pendapat tersendiri tentang pelakon drama ini dan semestinya Hannah dan Syafiq juga punya alasan tersendiri untuk setiap aksi yang dilakonkan oleh mereka.

Sumber: MEDIA HIBURAN

Rani Kulup Nafi Ditangkap, Dakwa Tiada Selera Mahu Rogol Siti Kassim

by

Kuala Lumpur – Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah, Abdul Rani Kulup menafikan dirinya merupakan individu yang ditahan pihak polis berhubung ancaman rogol terhadap aktivis dan peguam Siti Zabedah Kasim yang lebih dikenali sebagai Siti Kasim.

Abdul Rani ketika menghubungi MassaTV sebentar tadi berkata, walaupun marah dengan kenyataan Siti Kassim sebelum ini yang sering ‘menyerang’ institusi Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan sebagainya, namun pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang komen yang berbaur ugutan seperti yang dilaporkan itu.

“Memanglah saya marah dengan kenyataan dia yang (sebelum ini) sering menyerang dan menghina Jakim, Jawi dan sebagainya, tapi saya belum tergamak nak cemarkan maruah dan martabat diri saya dengan merogol dia.

“Apa ingat saya tak ada ‘taste’ (selera) kah?

“Bukan sahaja saya, malah orang asli sendiri belum tentu ada selera nak rogol perempuan macam tu,” katanya ketika mengulas mengenai khabar angin kononnya dia merupakan individu yang ditangkap pihak polis berhubung ancaman tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh semalam mengesahkan pihaknya telah berjaya menahan seorang lelaki tempatan kerana dipercayai membuat ancaman terhadap Siti Kasim, melalui media sosial baru-baru ini.

Menurut Amar suspek tersebut akan direman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Sementara itu Rani turut mengesa agar pihak berkuasa turut menahan serta memberikan kursus ‘pemulihan akidah’ terhadap Siti Kassim.

“Saya menyeru Jakim, Jawi dan sebagainya segera menahan dan melakukan siasatan terhadap Siti Kassim, bukan tangkap Raja Bomoh.

“Selepas tangkap beri ‘kursus’ dakwah dan pemulihan akidah agar dia boleh segera bertaubat dan tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang menghina Islam,” tegasnya pula.

Beberapa hari lalu, peguam yang pernah mencetuskan kontroversi, terutama apabila membabitkan isu berkaitan perundangan Islam, membuat laporan polis berikutan ancaman yang diterimanya.

Dia mendakwa menerima pelbagai ancaman serius seperti mahu merogolnya, menyimbah asid ke wajahnya, merejamnya dengan batu, dan juga ancaman untuk memancungnya. 

Sumber: MassaTV

Kajian: Hanya Kanak-kanak Divaksin Sahaja Dibenarkan Daftar Belajar Ke Tadika

by

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, Kerajaan kini sedang mengkaji untuk membenarkan hanya kanak-kanak yang divaksin penuh sahaja mendaftar untuk belajar di tadika, lapor Berita Harian. 

Menurut Subramaniam, keputusan sama ada mahu melaksanakan peraturan itu atau sebaliknya hanya akan diputuskan selepas menerima maklum balas dari segi penerimaan rakyat. 

"Kaedah yang kita sedang kaji ini diamalkan di Australia di mana apabila seseorang murid mahu didaftarkan di tadika, ia mewajibkan kanak-kanak divaksin sepenuhnya terlebih dahulu. 

"Ia bukan mahu mendiskriminasikan kanak-kanak yang tidak divaksin tetapi sebagai langkah perlindungan kepada kanak-kanak yang lain. Ini adalah antara kaedah yang kita sedang kaji, yang sudah dilaksanakan di satu, dua negara," katanya. 

Subramaniam berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Dr Izani Husin (PAS - Pengkalan Chepa) yang ingin mengetahui apakah kerajaan mahu mengenakan tindakan yang lebih tegas terhadap pihak yang enggan memberi imunisasi kepada anak-anak mereka, di Dewan Rakyat, hari ini. 

Bagaimanapun katanya, pendirian Kementerian Kesihatan pada ketika ini adalah lebih wajar perkara itu dilakukan menerusi pendekatan pendidikan, bimbingan dan kaunseling. 

Menurut statistik Kementerian Kesihatan, bilangan pihak yang menolak imunisasi kepada anak mereka pada tahun 2016 ialah seramai 1,603 kes, meningkat berbanding 1,541 kes pada tahun 2015.

#LengkapkanImunisasi
#Janganlupacucuk

Sumber: The Reporter

Teman Wanita Lari keluar Ingat Salah Masuk kereta Selepas 2 Bulan Tak Jumpa Ketika Lakukan Diet

by

Sapa sangka selepas dua bulan tidak berjumpa, teman wanita bertindak kelaur dari kereta kerana ingat salah masuk selepas didapati 'orang lain' di dalam kereta teman lelakinya.

Rupanya lelaki di dalam kerea itu memang teman lelakinya yang sudah pun kurus dan berubah wajah termasuk warna kulit yang semakin cerah.

Semua berlaku selepas dua bulan mereka tidak berjumpa selepas teman lelakinya tekad berdiet untuk kuruskan badan.

Itulah situasi yang dialami Muhammad Azizul Rahim Kamarudin, 25, apabila orang sekelilingnya ‘tertipu’ dengan wajah dan fizikalnya yang mengalami perubahan drastik selepas berat badannya turun dari 96kg kepada 60kg.

Menurut Azizul, beliau sendiri terkejut apabila wajahnya turut berubah selepas mengamalkan diet selama tiga bulan menyebabkan orang sedeliling pun hampir tidak mengenalinya.

Apa yang lebih mengejutkan, ada yang menyamakan wajahnya seiras penyanyi dari Filipina yang yang mencipta nama di Malaysia, Mark Adam.

“Bila ramai kata macam tu saya fikir kenapa tak cuba buat posting perbandingan di Facebook, sajalah suka-suka dan tak sangka rakan di Facebook pun kata saya ada iras-iras Mark Adam, terutama bahagian mata.

“Ada juga yang kata muka saya ada sikit macam Safee Sali, saya pun apa lagi perasanlah sekejap…tapi saya anggap itu semua sebagai gurauan saja,” katanya kepada mStar Online.

Posting beliau di laman Facebook sebelum ini yang tidur dengan 'tong air' untuk kurus telah menjadi tular di media sosial telah menjadi inspirasi kepada ramai mereka yang berbadan besar di luar sana untuk kurus.


Bercerita lanjut tentang perubahan dirinya, beliau yang kebetulan minat dengan penyanyi itu kini menyimpan hasrat untuk menyimpan rambut panjang bagi menyerlahkan lagi persamaan wajahnya dengan Mark.

“Saya buat ni sebagai dorongan, semangat dan kepuasan diri sendiri saja, sambil-sambil tu saya kongsi dengan kawan-kawan yang nak kurus.”

“Perkara pertama saya buat ketika nekad untuk diet adalah berbekam untuk buang toksin dan kekotoran dalam badan, kemudian saya amalkan minum air lemon.

“Selepas tiga bulan, hasilnya kulit muka saya lebih cerah, tak berminyak dan jerawat pun hilang. Kalau berpeluh pun muka hanya lembab tapi tak berminyak,” katanya yang kini sedang berusaha menurunkan berat badannya kepada 55kg.

Menurut beliau dia telah mengamalkan diet Atkins dan apa yang paling bila badan berubah menajdi kurus adalah tubuh akan terasa lebih sihat dan cergas, sekali gus memudahkan setiap pergerakan termasuklah untuk beribadat.



Mengimbas kisah yang terjadi kepada dirinya selepas kurus, dia hampir tidak dikenali oleh rakan-rakan dan teman wanita sendiri, beliau berkata situasi itu berlaku baru-baru ini, iaitu pada bulan ketiga selepas mengamalkan diet secara serius.

beliau mula melakukan diet pada Mei, kira-kira sebulan sebelum bulan puasa dan usahanya itu menampakkan hasil pada Julai.

“Saya minta untuk tak jumpa kekasih saya selama dua bulan. Baru-baru ini bila kami jumpa semula, dia terus keluar dari kereta kerana ingat tersalah masuk kereta lelaki lain, siap minta maaf dengan saya kerana ‘salah orang’.

“Pelanggan nasi lemak pun ingatkan mereka tersalah singgah gerai selepas sebulan saya cuti berniaga pada bulan puasa,” katanya yang semua makanan harian dimasak sendiri di rumah dengan cara rebus dan panggang.




Beliau dalam apada itu menasihatkan individu yang obesiti supaya jelas dengan matlamat mereka apabila berazam untuk kurus dan tidak mengamalkannya dalam jangka masa pendek. 

Sumber: Siakapkeli.my

Makna Di Sebalik Perubahan Warna Langit Ketika Waktu Solat Tiba, Belum Ramai Tahu...

by

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka bersatu dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga sebaiknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu). Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, frekuensi otot, saraf dan tulang. 

Tahukah anda bahawa warna merah yang dipancarkan oleh alam ketika itu mempunyai rasional yang sama dengan jin dan syaitan. Kita lebih baik untuk berada di dalam rumah pada waktu magrib ini.

1. Waktu Solat Subuh

Ketika waktu selepas subuh apalagi menjelang siang, warna langit itu (kalau cerah) berwarna biru yang diselangi dengan merah (orange) yang dihasilkan oleh sinar mentari yang mahu terbit.

Dalam islam tidur setelah subuh itu tidak baik kerana akan kehilangan rezeki. Seperti Sabda Rasulullah,Ya Allah berikanlah berkah kepada umatku di pagi harinya (HR. Abu Dawud no. 2606, Tirmidzi no. 1212, Ibnu Majah no. 2236, sahih At-Targhiib waTarhiib no, 1693)

Selain itu, mengapa kita tidak dibenarkan tidur selepas subuh adalah kerana warna biru melemahkan kelenjar tyroid. Bila kelenjar tyroid kita lemah seseorang itu akan mengalami masalah kehausan sepanjang hari.

Pada Waktu Subuh Alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia yang berkaitan dengan rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad dalam keadaan tidur dalam erti kata lain lebih baik terjaga daripada tidur. Disini juga dapat kita ambil hikmah untuk solat di awal waktu.

Bermulanya saat azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep tindak balas tubuh pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

2. Waktu Solat Zuhur

Ketika ini warna kuning mendominasi atmosfera. Mengurangkan makan pada waktu ini ialah amalan yang terbaik untuk menjaga kesihatan supaya pemikiran menjadi kreatif, tajam, dan peka. Ini adalah mengapa kita amat digalakkan untuk melakukan puasa sunat Isnin dan Khamis untuk mengurangkan beban kerja organ pencernaan.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem pencernaan. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

3. Waktu Solat Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna orange, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna orange ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar digunakan untuk tidur.

4. Waktu Solat Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka bersatu dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga sebaiknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu). Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, frekuensi otot, saraf dan tulang.

Tahukah anda bahawa warna merah yang dipancarkan oleh alam ketika itu mempunyai resonansi yang sama dengan jin dan syaitan. Kita lebih baik untuk berada di dalam rumah pada waktu magrib ini.

5. Waktu Solat Isyak

Apabila masuk waktu Isya, alam berubah ke warna merah dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyanya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebenarnya, inilah waktu tidur dalam Islam dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam keadaan relax / rehat.

Inilah Rahsia Surat Yasin Ayat Ke-58. Ruginya Kalau Baca Yasin Setiap Malam Jumaat Tapi Tak Tahu!

by

Barang siapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut ‘SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM’ diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik, In shaa Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajat kita akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku.

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam.

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.

4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini.

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin.

6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin.

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.

Aamiin Ya Allah.

Isu Palestin: Armand Terasa Ke? 'Maaflah naa' - Siti Nurhaliza

by

KUALA LUMPUR: Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah diminta tidak terasa dengan kenyataan mana-mana pihak yang kuat ‘bergaduh’ untuk dihantar ke Palestin.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza berkata komen beliau itu diberikan tanpa menyatakan sebarang pihak apatah lagi menamakan Armand sebagai individu di dalam komen berkenaan.

“Saudara Armand terasakah? Saya tidak sebut nama pun,” katanya ringkas dalam balasan catatan Instagram terbaharu Armand.


Komen yang ditinggalkan oleh Datuk Siti Nurhaliza di Instagram Armand

Pada pagi Khamis, Armand meminta Siti untuk bertanya kepada suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) bila hendak ke Gaza Palestin dan membantu rakyat di sana.

Jelasnya, Siti harus tahu, pihaknya sendiri sudah beberapa kali dan sememangnya berani ke Gaza Palestin dalam misi menghulur bantuan.

Dalam pada itu, Siti Nurhaliza meminta maaf seandainya ada pihak yang terasa di atas komennya pada sebuah gambar di Instagram Yassin Sulaiman.


Gambar tersebut memaparkan kekecohan yang berlaku antara Pemuda Parti Pribumi Bersatu (Armada) dan Pemuda UMNO pada 25 Julai lalu.

Ia dikatakan bermula selepas sekumpulan anggota Armada menghantar jemputan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri forum Nothing To Hide 2.0.

Ia bertukar kecoh apabila mereka dikatakan dihalang oleh sekumpulan anggota Pemuda UMNO.

Laporan media melaporkan dalam kejadian itu, Ketua Penerangan Armada Bersatu, Ashraf Mustaqim mendakwa dia turut ditumbuk.

Sementara itu, Armand menerusi satu catatan Twitter turut berkata: " Bila mahu ke Gaza Palestin, bukannya sekadar mengikuti ejen pelancongan ke Tebing Barat, Palestin.


Pada awal tahun ini, Siti ke Palestin dan turut diberi peluang untuk masuk ke dalam Masjid Al-Aqsa dan melihat sendiri Mihrab Zakaria.

Sumber: Astro Awani

Kakitangan Mcdonald's Kongsi Gambar Jijik Yang Didakwa Dikeluarkan Dari Mesin Aiskrim

by

LOUISIANA, AMERIKA SYARIKAT - Seorang individu yang mendakwa dirinya kakitangan di sebuah restoran makanan segera, McDonald's, berkongsi gambar yang didakwanya diambil dari mesin aiskrim restoran berkenaan, lapor Daily Mail.

Individu yang menggunakan nama 'Nick' di Tiwtter dan tinggal di Louisiana ini berkongsi gambar-gambar yang menjijikkan dan viral di media sosial. 

Gambar menunjukkan bekas besi yang didakwanya diambil dari mesin aiskrim yang mengandungi sisa-sisa kotor berwarna kehijauan. 



"Benda ini diambil dari mesin aiskrim McDonald's, jika ada yang tertanya-tanya apakah benda ini," tweetnya pada 14 Julai lalu dan telah diretweet sebanyak 14,000 kali dan beribu-ribu tweet dari netizen yang memberikan pelbagai reaksi. 

Nick juga memuat naik gambar mesin aiskrim tersebut dan menegaskan bahawa bekas besi yang diambilnya itu bukanlah perangkap sisa atau kotoran yang terletak di bawah mesin tersebut. 

"Gambar sisi mesin aiskrim. Ia bukan dari perangkap sisa/kotoran." 


Pada gambar ketiga, Nick menunjukkan perangkap sisa/kotoran di Twitternya jika ada yang mendakwa dia cuba menipu netizen. 

Nick kemudian memuat naik lagi beberapa gambar dalam dapur restoran yang didakwanya restoran makanan segera, McDonald's, yang jelas sekali kelihatan kotor dan berminyak. Dalam gambar itu juga, tertera logo McDonald's pada cawan. 







Menurut Nick, dia telah dipecat dari McDonald's dan dia memang sudah merancang untuk melakukan pendedahan itu kerana dia akan bekerja di tempat baru, Jumaat ini. 

"Saya dipecat dari McDonald's. Saya rancang semua ini sebab saya akan mula bekerja di tempat baru, Jumaat ini," katanya. 

Tweet Nick itu mengemparkan orang ramai dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen di seluruh dunia. 

Sehingga kini, pihak media antarabangsa masih menunggu kenyataan rasmi dari Syarikat McDonald's berhubung gambar dan dakwaan yang dimuat naik oleh Nick itu.

Sumber: The Reporter

(7 GAMBAR) Pelajar Kolej Didakwa Kerana Buang Bayi Dalam Lubang Tandas Di Sebuah Stesen Minyak..

by

THAILAND- Seorang pelajar kolej di Songkla didakwa kerana membuang bayinya yang baru dilahirkan ke dalam lubang tandas di sebuah stesen minyak di Khlong Phon, Krabi, semalam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Nayong, Supritenden Chaiwut Thanyaniti, pelajar berusia 18 tahun itu berjaya ditahan di dalam sebuah bas ketika dalam perjalan untuk pulang ke kampungnya yang terletak di Phuket.

“Identiti suspek dikenalpasti berdasarkan keadaan pakaiannya yang dipenuhi darah. Suspek juga telah mengaku melahirkan bayi berkenaan dan membuangnya di dalam lubang tandas,”ujar Chaiwut.

Chaiwut berkata, pelajar itu telah dihantar ke Hospital Nayong untuk menerima rawatan.Sementara itu, pemandu bas tersebut berkata, ketika bas melalui Khlong Phon, pelajar itu meminta untuk berhenti di stesen minyak sebentar kerana badannya ‘tidak sihat’ sebelum kembali meneruskan perjalanan ke Phuket.








Dalam kejadian itu, bayi perempuan itu ditemui oleh Datuk Bandar Khlong Phon, Napornwisit Polngor kira-kira pukul 3 petang.

Napornwisit berkata, dia terdengar suara bayi menangis ketika menggunakan tandas lelaki.

“Saya keluar untuk memeriksa dan terkejut menemui seorang bayi perempuan yang berlumuran darah di dalam tandas wanita. Bayi tersebut masih mempunyai pusat jadi saya menghubungi pihak hospital untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Bayi malang seberat dua kilogram itu kini dalam penjagaan rapi di hospital yang tidak didedahkan lokasinya.

Sumber: penmerahpress.com

Dua Orang Pembantu Taska Dirogol, 7 Suspek Ditahan Termasuk Seorang Wanita!!

by

KAJANG: Polis menahan enam lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan kes rogol dua pembantu sebuah taska di Pandan Indah, pada 14 Julai lalu.

Mereka berusia antara 27 hingga 45 tahun ditahan dalam serbuan bermula jam 5 petang semalam sehingga 5 pagi tadi, di sekitar daerah Ampang Jaya, hasil siasatan dan maklumat yang dijalankan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad, berkata dalam kejadian berkenaan kedua-dua mangsa dirogol sebelum disimbah cecair peluntur di seluruh tubuh badan mereka.

"Dua lelaki dilaporkan memecah masuk taska itu pada 4 pagi sebelum bertindak merogol mangsa yang dilaporkan tinggal di premis berkenaan.

"Mangsa dirogol dan disimbah cecair peluntur kononnya untuk menghilangkan bukti sebelum melarikan diri bersama televisyen dan telefon bimbit mangsa, " katanya selepas menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kajang, di sini, pagi tadi. 

Katanya, semua suspek dibawa ke Mahkamah Ampang, hari ini untuk permohonan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Terdahulu Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, menyaksikan serah terima tugas Ketua Polis Daerah Kajang, daripada Senior Asisten Komisioner Othman Nanyan kepada Asisten Komisioner Ahmad Dzahffir Mohd Yussof.

Sumber: Berita Harian

(VIDEO) Kalau Dia Mencuri Pun...Perlukah Bogelkan Dia? - Netizen

by

Kecoh di media sosial rakaman video seorang wanita ditangkap mencuri dan dipukul oleh orang ramai.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan di Facebook, wanita itu berjaya ditangkap oleh orang ramai dan akibat berang dengan sikap wanita itu mereka telah memukul serta menarik pakaiannya. 

Video yang berdurasi selama 36 saat itu dikatakan berlaku di Jongkarta, Indonesia dan telah ditonton lebih 17 ribu kali dan dikongsi lebih 3,000 oleh netizen.

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut melahirkan rasa geram dengan tindakan yang dilakukan oleh orang ramai kerana mereka dikatakan mengambil tindakan sendiri dengan memukul wanita tersebut.

@AzmiAriff: "Kalau ye pun dia mencuri, takkan la sehingga menarik pakaiannya? Mungkin dia mempunyai masalah sendiri sehingga mengambil keputusan untuk mencuri."

@Marwan: "Jangan la mengambil tindakan sendiri. Lebih baik serah sahaja kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan menangkap perempuan itu. Ini tidak sesuka hati ja menarik baju dan memukul."

@Adi Setiya: "Tak boleh main menghukum perempuan itu dengan tindakan sendiri. Negara ini ada undang-undang. Cuba bayangkan perkara itu jadi kepada ahli keluarga kamu."

@RazakAziz: "Sayangnya dah cantik tetapi mencuri pula. Apa la nak jadi dengan masyarakat zaman sekarang yang mahu cari duit dengan cara mudah. Baik pergi cari kerja yang halal."

@Putra: "Jangan salahkan dia, salahkan kerajaan kerana ekonomi yang tidak menentu menyebabkan orang ramai melakukan jenayah tanpa berfikir panjang akibat terdesak."


Sumber: Astro Gempak

"Yang Kuat Gaduh Tu Patut Hantar Pergi Palestin Bagus," Komen Dato Siti Nurhaliza Buat Exco Pemuda UMNO 'Berang'

by


Sejak beberapa hari lalu telah tersebar beberapa rakaman video kekecohan yang berlaku di PWTC selepas berlaku perbungan antara Pemuda UMNO dengan Pemuda Parti Pribumi Bersatu (Armada).

Pertembungan itu berlaku selepas dikatakan Pemuda Parti Pribumi Bersatu (Armada) mahu menghantar jemputan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri forum Nothing To Hide 2.0.

Berikut adalah rakaman video daripada kedua-dua belah pihak.

Dari sebelah Armada


Dari sebelah Pemuda UMNO

Kekecohan itu menarik perhatian penyanyi Yasin Sulaiman untuk memuatnaik berita mengenai kejadian itu di laman Instagram miliknya.

Gambar itu telah menarik perhatian Dato Siti Nurhaliza apabila dia menurunkan komen berbunyi "yang kuat gaduh tu patut hantaq pi Palestin baguih."



Kerana komen itu, Exco Pemuda UMNO Datuk Armand Azha Abu Hanifah dilihat sedikit berang dengan kenyataan kenyataan Dato Siti itu apabila beliau telah membalas kenyataan itu dengan satu pertanyaan kepada penyanyi nombor satu negara berkenaan.

"Cuba tanya bila Datuk K nak ke GAZA Palestin," tanya Armand kepada Dato Siti.

Menurut beliau, pertanyaan itu ditujukan kepada Siti Nurhaliza yang mengatakan kalau Pemuda UMNO atau Armada berani pergi ke Palestin.

"Untuk maklumat Siti Nurhaliza Pemuda UMNO sudah beberapa kali ke Tanah Palestin," tulis beliau lagi.

Armand dalam pada itu telah memuatnaik gambar-gambar dan video berdurasi 3 minit 54 saat bukti Pemuda UMNO sudah ke Gaza Palestin dalam misi menghulurkan bantuan.



Hasil carian, Dato Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) telah pegi ke Palestin pada 16 Februari lalu.




Kunjungan Siti Nurhaliza ke sana merealisasikan hasrat dan keinginan yang sudah lama beliau pendam untuk melawat bumi Anbiya ini iaitu memenuhi keinginannya menziarahi Masjid Al-Aqsa yang menjadi kiblat pertama umat Islam. 

Sumber: Siakapkeli.my

'Budak Lelaki, 7, Rogol Anak Perempuan Saya Berusia 6 Tahun' - Ibu Mangsa

by

MELAKA - Seorang ibu tunggal membuat laporan polis mendakwa anak perempuannya yang berumur enam tahun telah dirogol oleh seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun, lapor The Star.

Adalah sukar untuk dipercayai, namun laporan polis telah dibuat terhadap murid tahun satu itu yang didakwa telah merogol mangsa yang berusia enam tahun. Kes itu juga menimbulkan kebingungan pihak polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, ibu tunggal berumur 30 tahun itu membuat laporan polis pada 20 Julai dan pihaknya sedang menjalankan siasatan.

"Siasatan kes ini hampir selesai," katanya kepada media semalam.

Wanita terbabit mendakwa anak perempuannya berumur enam tahun mengadu mengalami kesakitan di bahagian kemaluannya selepas pulang dari rumah pengasuh, pada malam 19 Julai lalu. 

Difahamkan, kanak-kanak terbabit kebiasaannya ditinggal di rumah pengasuh, berhampiran sekolah tadikanya sehingga ibunya datang mengambil dia selepas pulang dari bekerja.

Apabila kanak-kanak itu mengadu terasa sakit di bahagian kemaluan, si ibu terus memeriksa dan mendapati terdapat kesan-kesan merah di kemaluan anaknya itu. 

Berdasarkan laporan polis yang dibuat, kanak-kanak itu memberitahu ibunya bahawa 'pipit' 'abang', anak lelaki pengasuhnya, yang menyebabkan kemaluannya terasa sakit. 

Dia juga mendakwa, anak pengasuh itu turut memasukkan beberapa jari ke dalam kemaluannya apabila mereka tidak diperhati orang dewasa di dalam rumah pengasuh itu. 

Hasil pemeriksaan, laporan perubatan yang dikeluarkan oleh Hospital Melaka mendapati terdapat kesan koyakan pada selaput dara kanak-kanak perempuan berkenaan. 

Berikutan laporan polis yang dibuat ibu mangsa dan laporan perubatan dari Hospital Melaka, polis kemudian memanggil ibu bapa kedua-dua kanak-kanak terlibat untuk disoal siasat. 

Kamaluddin juga telah mengarahkan para pegawainya yang mengendalikan kes itu menyiasat dengan bijak dan teliti kerana ia melibatkan kanak-kanak. 

Difahamkan, pihak polis juga menggunakan anak patung dalam proses merakam keterangan dua kanak-kanak berkenaan dan kes disiasat di bawah Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak Bil. 2017

Sumber: The Reporter

Wednesday, July 26, 2017

6 SEBAB PELIK Kenapa Israel TAKUT Dengan Briged Al Qassam. No #4 Sangat WOW

by

Isu pembantaian Israel terhadap warga Palestin di Masjid Al Aqsa, kiblat pertama umat Islam ini mula mendapat perhatian dunia. Kemuncaknya, Briged Al Qassam dari Gaza telah beri kata dua kepada Israel.

Persoalannya apa hebatnya Al Qassam ni sampai Israel pun boleh berubah keputusan. Ikuti jawapannya di bawah.

BILANGAN ANGGOTA AL QASSAM YANG SEDIKIT TAPI BERKUALITI

Briged Al Qassam adalah sayap ketenteraan HAMAS mempunyai seramai 30’000 keanggotaan. Israel laknatullah pula yang kononnya diakui menduduki tempat ke-4 Tentera terbaik dunia memiliki keanggotaan seramai 720’000 orang masih belum mampu meranapkan pertahanan Briged Al Qassam. Perlu ingat, Israel memiliki keupayaan ketenteraan yang canggih dan mempunyai sekutu rapat yang memberi dana dan sokongan padu kepada mereka.

Umpama langit dan bumi bukan kalau dinilai kedua dua pasukan. Persoalannya, hari ini sudah masuk hari ke-39, Israel masih gagal mengambil tanah Gaza walaupun sejengkal! Ini rahsia kekuatan Briged Al Qassam

1. UNIT KOMANDO AL QASSAM YANG LICIK

Keberanian komando Al Qassam terkenal dalam strategi peperangan pelbagai. Sebahagian besar kematian tentera Israel adalah disebabkan oleh serangan darat Komando Al Qassam. Operasi dilakukan secara tersusun dan mesti dilakukan selama dua minit untuk melakukan serangan dan berundur semula ke terowong. Strategi yang menonjol adalah jerangkap samar yang mampu memusnahkan kereta kebal Israel dengan alat kawalan jauh.

2. TERTUBUHNYA SKUAD AMFIBIA AL QASSAM

Buat pertama kali dalam sejarah, negara haram Israel dapat ditembusi melalui jalan laut. Skuad ini dikenali sebagai skuad amfibia. Jumlahnya tak ramai tapi cukup membuatkan musuh tak lena tidur malam. Mereka berjaya menyelinap ke sebuah kem tentera dan melakukan serangan darat secara berdepan.

3. PEMILIKAN ROKET R-160 BERJARAK JAUH

Israel kan dalam Palesin dan Palestin pun dalam Israel. Jadi jarak kedua negara ini sangat dekat dan rapat-rapat. Dengan adanya stok roket R-160 ini, Israel selalu berfikir dahulu sebelum buat apa-apa ancaman. Roket ini mampu menjangkau sehingga 160km dan pernah berjaya dilancarkan ke Haifa, bahagian paling utara negara haram tersebut. Tiada lagi tempat selamat untuk rakyat israel.

4. SENJATA PENEMBAK TEPAT “GHOUL” BUATAN SENDIRI

Sniper atau senjata penempak tepat yang diberi nama Ghoul ini mampu mencapai jarak sejauh 2km sedangkan sniper biasa hanya mampu pergi sejauh 1km sahaja. Senjata ini dipercayai mempunyai keupayaan teleskopik. Dan paling best adalah senjata ini adalah buatan Palestin dan banyak negara pun mula berminat untuk memilikinya.

5. PELANCAR ROKET ANTI IRON DROME

Ini sangat memeningkan Israel dan sekutu rapatnya, Amerika. Sistem Iron Drome yang didakwa sebagai sistem penangkas roket terbaik dunia boleh bocor juga di tangan teknologi roket Briged Al Qassam. Ini memalukan Israel dan Amerika sehingga memaksa Amerika mengeluarkan jutaan dollar untuk menyediakan teknologi baru iron Drome.

6. MEMILIKI PESAWAT TANPA PEMANDU DRONE

Sekali lagi Israel dimalukan setelah Ababil, nama pesawat tanpa pemandu DRONE pertama Briged Al Qassam membuat tinjauan udara di tanah haram israel tanpa disedari. Kehebatan ini diakui sendiri oleh Israel hingga terpaksa menanggung rugi dan malu teramat. Ayuh kita doakan kemenangan buat umat Gaza dan Palestin.

Sumber: http://khalifahmailonline.com

Suami Tendang Perut Dan Cekik Isteri Hamil Sampai Mati Hanya Kerana Masak Capati Tak Bulat

by

NEW DELHI, INDIA - Berang roti capati tidak dibuat dalam bentuk bulat, seorang lelaki tergamak membunuh isterinya yang sedang hamil empat bulan. 

Mangsa, Simran, 22, tidak dapat membuat roti capati berbentuk bulat menyebabkan suaminya berang lalu berlaku pergaduhan pada malam Sabtu lalu. 

Mangsa dipercayai dicekik oleh suaminya sampai mati dan mayatnya ditemui terbaring di sebuah rumah pangsa pada keesokan hari oleh abang kandungnya, sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis.

Anak perempuan pasangan itu yang berusia empat tahun, ditemui dikurng di dalam sebuah bilik, manakala suami mangsa telah melarikan diri selepas kejadian itu. 


Dalam siasatan awal, kanak-kanak itu memaklumkan kepada polis bahawa ibu bapanya sering bergaduh kerana bapanya tidak berpuas hati dengan mangsa yang tidak dapat membuat capati berbentuk bulat. 

"Ibu saya seorang yang pandai memasak tetapi bentuk capati yang dibuatnya sering menimbulkan kemarahan bapa saya," katanya. 

Menurutnya lagi, dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.30 malam Sabtu itu, bapanya berang selepas dihidangkan capati yang bukan berbentuk bulat. Gagal mengawal kemarahan, bapanya terus menendang perut mangsa yang sedang hamil empat bulan. 

"Saya cuba membantu ibu, tetapi bapa mengheret saya masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu bilik dari luar," katanya. 

Difahamkan pasangan itu telah berkahwin selama lima tahun. Si suami bekerja di sebuah kilang selepas perniagaannya terpaksa ditutup.

Siasatan awal polis mendapati, mangsa mati selepas lehernya dijerut dengan tali. Polis kini sedang memburu suami mangsa dan suspek berdepan dengan dakwaan membunuh.

Sumber: The Reporter

"Ia Dah Berlalu, Tak Perlu Diungkit Lagi"- Faizal AF4 Komen Isu Naik Tangan Dan Main Perempuan

by

Penyanyi dan juga juara Akademi Fantasia 4 (AF4), Faizal tidak berniat mahu mengulas lanjut mengenai kenyataan dikeluarkan bekas isterinya, Sahidatul Najiha baru-baru ini.

Faizal atau nama sebenarnya Mohammad Faizal Ramly, 33, berkata apa yang berlaku terlalu peribadi untuk dikongsikan.

"Biar saya sajalah yang tahu, kerana ia terlalu peribadi untuk dikongsikan.

"Ia pun dah berlalu, tak perlulah nak diungkit lagi.

"Biarlah orang nak kata apa, yang penting saya tahu apa yang saya buat.

"Saya anggap tiada jodoh," katanya kepada Astro Gempak.

Terdahulu, Sahidatul berang apabila dikatakan punca penceraian mereka.

Wanita tersebut tampil menuduh Faizal sebelum ini pernah naik tangan dan kaki kepadanya serta main perempuan yang sekaligus menjadi punca penceraian mereka.

Sementara itu, Faizal akui agak sukar melalui episod penceraian buat kali ketiga, namun dia memberitahu tidak menolak jika bertemu jodoh sekali lagi.

"Sekarang ni saya dalam proses untuk melalui fasa yang saya fikir agak sukar untuk diterima ini.

"Namun saya tidak menolak atau serik untuk berumah tangga lagi," katanya lagi.

Faizal dan Sahidatul berkahwin pada tahun 2015 dan bercerai pada 12 Diaember 2016.

Mereka telah dikuniakan seorang cahaya mata perempuan bernama, Nur Hanna Maleeka.

Mengenai perkembangan lain, Faizal kini sedang kembali aktif dalam bidang nyanyian selepas muncul dengan sebuah single terbaharu berjudul Kehadiran.

Sumber: Astro Gempak

Lelaki Ugut Siti Kassim Akhirnya Ditahan Polis

by

Seorang peguam, Siti Kassim yang mendakwa dirinya seorang yang beragama Islam, menjadi kecaman nitizen oleh kerana tindakannya yang seolah-olah menyokong LGBT.

Semalam, pihak polis melaporkan seorang lelaki telah di tahan oleh kerana tindakannya yang mengungut untuk memenggal kepala Siti Kasim.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh telah mengesahkan lelaki tersebut telah di tangkap.

Siti Kassim telah membuat laporan polis mengenai ugutan itu pada Ahad lepas dan pihak polis hanya mengambil masa 2 hari untuk. mengesan suspek.

Malahan Siti Kassim turut berkongsikan berita penangkapan pengungutnya di facebook miliknya.

Menurut laporan , Siti Kassim telah mendapat ugutan sejak awal bulan lalu.

Kisah Cinta Sejati Seorang Suami, Setiap Hari 'Lunch' Di Sebelah Kubur Isterinya, "Isteri Saya pertama Dan Selamanya"

by

Selalu kita melihat kisah sweet dipaparkan di media, kisah artis itu ini lakukan sesuatu yang diimpikan oleh wanita kepada pasangannya.

Namun, ianya hanyalah sweet di dunia semata-mata, tetapi apa yang diceritkana oleh Imam Masjid Seksyen 13, Shah Alam, Ustaz Muaawidz Al -Ansor Dzulkefly sungguh membuktikan cinta sejati itu wujud dan berkali-kali sweet berbanding yang ada di dunia ini.

Jom kita baca.

Jika anda bertanya apa itu Cinta Sejati love tilljannah, saya ingin kongsikan sebuah kisah benar yang saya alami sendiri. Kisah benar ini bukanlah kisah saya, tetapi kisah cinta seorang suami di dalam gambar ini.

Sebaik sahaja kami selesai menguruskan jenazah ahli kariah seksyen 13 di tanah perkuburan seksyen 21 shah alam, saya segera mendapatkan pusara nenek untuk diziarahi.

Sedang mencari-cari pusara nenek, seorang abang yang kacak (masya Allah) menghampiri saya lalu menyapa "Assalamualaikum ...Cari kubur siapa tu ustaz? Deretan ni kebanyakannya yang meninggal bulan mei & april 2015."

Mendengar kata-kata itu tadi saya agak kagum dengan lelaki tersebut. Lagak pakaiannya tidak langsung menunjukkan dia bekerja di tanah perkuburan ini. Tidak sempat saya bertanya, lelaki ini mula membuka kisahnya.

Tiap-tiap hari pergi kubur

Abang kacak : "Heh..ustaz tak perlu pelik, saya ke tanah perkuburan ni hampir tiap-tiap hari, dulu KAMI tinggal di Shah Alam, tapi sebab anak dah masuk sekolah kat KL, SAYA decide pindah ke KL jugak lah untuk dekat dengan satu-satunya anak saya ni."

Saya : "Owh ye ke. Kalau dah tinggal dekat KL, macam mane pulak abang boleh datang sini hampir tiap-tiap hari"? Dekat kubur ni ada waris ke yang dikebumikan di sini"?

Abang kacak : "Kebetulan memang saya bekerja dekat seksyen 21 ni je..so setakat menyinggah memang tak de masalah" (sengih).

"Erm..alang2 ustaz dah tanya..saya cite sikit ye..itu pun kalau ust ada maselah"
Saya : (angguk2x)

Dia isteri pertama dan terakhir saya

Abang kacak : "Sebenarnya...kubur yang saya ziarah ni bukan setakat waris saya ustaz...dialah pelengkap hidup saya...dialah penyeri hidup saya...senang cite dialah isteri saya yang pertama dan selama-lamanya yang terakhir untuk saya ustaz."

"Sepanjang dia hidup dia tak pernah mengeluh bila kami hidup susah, apatah lagi meminta-minta kerana dia tahu saya belum cukup mampu untuk beli itu ini buat masa tu".

"Sampailah satu hari, bile kami dapat tahu dia jatuh sakit, hidup kami semakin susah, bayangkanlah duit gaji habis dekat kot kos rawatan saje., belum kos lain-lain lagi, masa tu saya hampir putus mengharap tapi wife pulak yang kuatkan saya".

"Dua tiga hari sebelum wife meninggal, dia ada tanya satu soalan."

Arwah isteri: "Cuba abang bagitau sayang, sebesar mana cinta abang dekat sayang?"

Abang kacak : "Cinta abang kepada sayang seluas jarak abang hidup di dunia dan sayang hidup di syurga"

Ketika itu tidak ada ungkapan melainkan hanya tangisan... Saya menjabat tangannya dan cuba menenangkannya dengan berkongsikan sebuah hadis Nabi s.a.w (boleh baca di bawah untuk rujukan)
Beliau menerima hadis tersebut dengan gembira dan meminta agar saya tuliskan kepadanya hadis tersebut untuk menjadi ingatan buatnya.

Bawa bekal, setiap hari makan tepi kubur isteri

Begitulah sebuah pertemuan singkat tetapi cukup mengajarkan kepada kita erti cinta yang abadi. Di akhirnya saya sempat bertanya kepada beliau, "abang datang sini bawak bekal ke?, Nampak macam tupperware je?",

Abang kacak itu tersenyum, katanya "waktu lunch hour, memang saya akan makan kat sini"
Saya tergamam, inilah cinta sejati, inilah love tilljannah

Rujukan hadis :

"Jika kamu ingin menjadi isteriku di syurga maka jangan menikah lagi sesudah ku : kerana wanita di syurga bersama suaminya yang terakhir di dunia oleh kerana itu Allah mengharamkan kepada isteri-isteri Nabi untuk menikah lagi sesudahnya kerana mereka adalah isteri-isteri Beliau di syurga,” H.R al-Baihaqi

Hadis ini walaupun disabdakan khusus untuk isteri2 Nabi s.a.w namun maksud yang cuba disampaikan applicable juga Untuk kita yakini dan kita hajati. Syaratnya kedua2 pasangan kejarlah syurga Allah untuk mendapat #love #tilljannah.

Sumber: Siakapkeli

Top Ad 728x90