KUANTAN - Tular di media sosial tentang seorang wanita yang telah memuat naik rasa tidak senangnya terhadap kehadiran seorang wanita lain ke kawasan bazar ramadhan yang dianggap wanita itu telah mencemari bazar terbabit yang dikatakan berdekatan dengan masjid.
Wanita itu yang dikenali sebagai Hanisah telah menulis di Facebook berbunyi,
"Ini suasana di Bazaar Ramadhan yang berhampiran masjid. Malu rasanya sebagai warga Kuantan. Bia kn hal ni, macam kita semua tak puasa pula. Dahlah Melayu, demikian tulis Hanisah.
Akibat gambar wanita yang dimaksudkan oleh Hanisah itu jadi tular di laman sosial malah turut dikecam hebat oleh netizen yang dikatakan tanpa siasatan dan usul periksa siapakah wanita terbabit.
Wanita terbabit tampil memberikan amaran terhadap Hanisah malah turut menegaskan akan mengambil tindakan terhadap Hanisah kerana dikatakan telah memalukan beliau.
Wanita itu yang dikenali sebagai Bella menulis di Facebook seperti berikut:
"Nak cakap sikit kat Hanisah. Kalau nak viralkan saya, bukan di Facebook. (Sebelum) nak viralkan, pergi siasat dulu orang itu Islam atau kafir. Jangan acah-acah bagus sangat.
"Kau ingat yang pergi bazaar itu semua orang Islam? Orang kafir macam saya ini tak boleh pergi bazaar lah? Orang kafir macam saya ini kena pakai tudunglah pergi bazaar? Ke di Bazaar ada tulis hanya orang Islam sahaja yang dibenarkan ke bazaar?" tulis Bella Doll di group Facebook yang sama.
Menurut Bella, sekiranya wanita itu ingin memberikan ceramah kepadanya adalah lebih baik berjumpa di depan mata dan menegur kesilapannya bukannya mengaibkannya melalui media sosial.
Difahamkan, Bella bukanlah orang Islam seperti yang Hanisah katakan, beliau menganut agama Buddha. Akibat gambar Bella jadi tular dan dikecam netizen, Bella ingin memfailkan saman malu terhadap wanita berkenaan kerana telah menjejaskan maruahnya dan menularkan gambar dirinya tanpa usul periksa.
0 comments:
Post a Comment