Top Ad 728x90

Tuesday, June 13, 2017

Iftar GAY Terbesar Malaysia – Numan Afifi


Bangsar, Kuala Lumpur: Pelangi Campaign yang diketuai Ketua Organisasi DAPSY Subang, saudara Numan Afifi, telah mengadakan satu majlis berbuka puasa di kalangan pendukung gerakan LGBT negara pada 10 Jun baru-baru ini. Maklumat daripada peserta yang hadir di majlis ini memberitahu bahawa program buka puasa beramai-ramai ini telah diadakan di pejabat Loyar Burok, Bangsar.

Beliau yang juga alumni Sekolah Demokrasi tajaan Parti DAP, nyata teruja dengan kehadiran ramai pendukung gerakan LGBT tempatan. Beliau turut menyatakan rasa bangga dengan majlis Iftar Gay yang telah berjaya dijalankan.

Program memperlihatkan kehadiran ramai aktivis serta penyokong LGBT tempatan. Antara pendukung gerakan ini yang hadir untuk menyerikan majlis ini adalah mantan pengurus program Sisters in Islam, Suri Kempe, Dorian Wilde dan Nisha Ayub dari Justice For Sisters.

Secara umumnya kesemua hadirin yang hadir bersetuju bahawa perjuangan LGBT di Malaysia telah bertambah kuat dan semakin kukuh dengan kehadiran bersama sekutu-sekutu dalam gerakan ini.

Dari kiri : Numan Afifi, Nisya Ayub, Suri Kempe & Dorian Wilde

Dorian Wilde yang juga Presiden Transmen of Malaysia menyatakan gerakan LGBT di Malaysia semakin kuat, dan tidak lama lagi semua akan diberikan hak masing-masing (merujuk kepada tuntutan puak LGBT).

“Saya ingin berterima kasih kepada sekutu-sekutu kami. Tidak lama lagi semua akan diberikan hak masing-masing. Paksi kita telah berkembang dengan banyaknya,” ujar Dorian Wilde.

“Pergerakan telah berkembang dengan banyaknya, kehadiran anda semua di sini adalah sesuatu yang menakjubkan,” kata Suri Kempe.

“Anda adalah masa depan negara, jangan biarkan kehidupan anda dikawal oleh ‘kata-kata’,” tegas Nisha Ayub pula.

Upacara berbuka puasa yang dihadiri oleh pendukung agenda LGBT

Program ini juga menyajikan tayangan filem berlatar belakangkan perjuangan gay, bertajuk Pride dan bacaan puisi yang bertajuk “Halal/Haram” oleh Catherine Brogan yang berasal dari Ireland.

Tujuan program ini adalah untuk mengingati pengamal LGBT yang terkorban di sebuah kelab malam di Orlando, Amerika Syarikat pada 29 Jun tahun lalu. Demikian itu tajuk forum adalah “Remembering Orlando: Courage in the Face of Adversity”, atau Bahasa Melayunya, ‘Memperingati Orlando: Keberanian Berdepan Dugaan’.

Sumber: www.menara.my

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90